Berita
Nora Akui Perbelanjaan Dapur Agak Banyak Sejak PKP Gara-Gara...
Penyanyi Nora Ariffin mengakui kos perbelanjaan bagi barang keperluan dapur meningkat naik sejak pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP).
Kata Nora, perkara itu turut dirasainya sendiri lebih-lebih lagi bagi mereka yang mempunyai ahli keluarga yang ramai.
"Sejak PKP, minyak kereta memang tak habis. Bedak, alat solek, gincu pun tak luak...tapi, perbelanjaan di dapur agak tinggi daripada biasa. Sabar sahajalah," luahnya menerusi satu entri di Instagram.
Menurut pelantun lagu Dipersimpangan Dilema itu, bagi mereka yang memang datang daripada keluarga berada, mungkin hal perbelanjaan dapur bukan menjadi satu masalah.
"Betul tak? terutamanya ibu-ibu yang mempunyai anak ramai, senasib dan menjadi ketua keluarga macam saya. Sabarlah.
"Orang-orang yang berduit mungkin tak terasa sebab memang selalu makan besar," katanya.
Pada masa sama, Nora berharap agar masalah penularan wabak Covid-19 ini dapat berakhir dengan segera.
"Insya-Allah mudah-mudahan segera pulih macam biasa. Kita kena bertahan dan bersabar lagi," luahnya.
Perkongsian Nora itu kemudian menerima pelbagai respons dalam kalangan pengikutnya yang bersetuju dengan apa yang dilontarkannya itu.
"Saya seorang ibu tunggal anak 10 orang, 7 lelaki dan 3 perempuan, semua masih belajar dan ada di rumah sekarang. Jadi, boleh bayangkan bagaimana perbelanjaan dapur kami.
"Betul. Anak lima orang tengah membesar. Setiap dua jam, buka tudung saji. Baru lepas sarapan tanya menu makan tengah hari," komen sebahagian netizen.
Apapun, jangan lupa saksikan program yang pernah menampilkan Nora di Astro pada telefon pintar anda melalui aplikasi Astro GO. Muat turun aplikasi Astro GO di Google Play dan Apple Store sekarang.
Must-Watch Video