Masa Depan, Pilihanmu. Daftar Sekarang!

Nora Ariffin Akui Ada Orang Nak Taja Pembedahan ‘Potong Usus’ - “Dah Dapat Orang Nak Sponsor Tapi…”

Izwan Isa
09/09/2022 06:50 MYT
Umum mengetahui yang ramai dalam kalangan selebriti tempatan mahupun luar negara memilih untuk menjalani pembedahan bariatrik (pintasan usus) untuk mengawal masalah berat badan berlebihan.

Antara selebriti yang terbuka mendedahkan tentang pembedahan ini termasuklah penyanyi Aishah dan juga selebriti dari seberang, Melly Goeslaw.

Hal ini turut menarik perhatian penyanyi bersuara lunak, Datuk Nora Ariffin. Menerusi hantaran di Instagram Story miliknya, Nora baru-baru ini memuji penampilan rakan artis yang semakin cantik selepas menjalani pembedahan berkenaan.

Ujar Nora, dia juga mahu melakukan pembedahan serupa. Namun, hasrat tersebut terpaksa dilupakan kerana perlu patuh pada larangan suami.



“Wah bestnya tengok ramai rakan-rakan artis makin cantik dan selim melim selepas pembedahan bariatrik.

“Saya pun dah dapat orang nak sponsor tapi encik suami tak izinkan. Kena taat. So telan air liur je lah,” tulisnya.

Menerusi laporan media, pembedahan bariatrik merupakan pembedahan jenis kosmetik yang menjadi pilihan ramai sebagai salah satu cara untuk mengembalikan kelangsingan tubuh.

Selain membantu mengecilkan saiz tubuh, pembedahan ini juga dapat memulihkan penyakit metabolik seperti darah tinggi, kolestrol tinggi dan juga kencing manis.

#Nora Ariffin #Pembedahan Bariatrik
;