HIBURAN

Nora Ariffin Bakal Cerai Kali Kedua, Mohon Maaf Pada Madu - “Saya Akan Penuhi Permintaan…”

Khairil Khusyairi 24/02/2025 | 00:50 MYT
Penyanyi, Datuk Nora Ariffin sekali lagi mengejutkan ramai apabila memaklumkan dia bakal memohon cerai buat kali kedua terhadap suami, Ustaz Dr Rushdi Ramli.
Menurut Nora, dia berbuat demikian bagi menuruti permintaan anak tirinya malah turut memohon maaf terhadap madu yang dikenali sebagai Ustazah Rose dan anak tirinya itu.
Pelantun lagu Renungan Terakhir itu turut memaklumkan dia juga sudah memadam foto bersama suaminya di media sosial.
“Saya mohon maaf kerana menerima lamaran dan berkahwin secara sah dengan Ustaz Rushdi. Setelah Ustaz didesak untuk ceraikan saya, Ustaz kembali rujuk kepada saya. Saya minta maaf kerana terima dan rujuk kembali.
“Saya minta maaf kerana memuat naik gambar bersama Ustaz. Saya sudah pun memadam semua gambar berdua kami, yang ada cuma gambar ramai-ramai.
“Saya akan penuhi permintaan Alia (anak tiri) dari dulu lagi untuk kami bercerai. Insya-Allah, Ustazah Rose (madu) akan kembali monogami seperti yang diinginkan,” tulisnya.
Tambah Nora, dia juga mendakwa sedang mumujuk suami untuk menceraikannya selain mengaku khilaf.
“Saya sedang memujuk Ustaz untuk ceraikan saya buat kali kedua supaya tiada kata-kata fitnah, caci maki, hasut menghasut masyrakat membenci, memburukan nama saya di media sosial.
“Saya minta maaf dan mengaku semuanya salah saya. Ustazah Rose insan yang mulia, tidak pernah salah,” katanya.
Untuk info, Nora pernah diceraikan suaminya, Dr Rushdi Ramli menerusi sebuah video pada Ogos lalu.
Selepas sebulan mengumumkan penceraian itu, penyanyi lagu Desa Tercinta ini memaklumkan dia dan suami sudah kembali rujuk.
Untuk rekod, Nora mendirikan rumah tangga dengan Rushdi dalam satu majlis yang diadakan sekitar hujung tahun 2021.
Nora sebelum itu pernah berkahwin dengan komposer Johan Nawawi pada 1992 dan dikurniakan empat cahaya mata.
Namun, Johan meninggal duia pada 24 Mac 2017 pada usia 52 tahun akibat serangan jantung.

ARTIKEL BERKAITAN: Nora Ariffin Dakwa Digelar 'Sundal', Anak Tiri Tampil Bersuara... Dedah Ada Simpan Banyak Bukti - "Lagi Buat Diam Lagi Seronok Dia Eh”

#cerai #Madu #Isteri #maaf #“Nora #Ariffin” #“Anak #Tiri” #“Kali #kedua”