Masa Depan, Pilihanmu. Daftar Sekarang!

Nora Ariffin Bangga Anak Perempuan Warisi Bakat Jadi Artis - "Kita Wajar Beri Laluan Pada Legasi ..."

Asyikin Mayudin
13/09/2022 04:00 MYT
Ke mana tumpah kuah, kalau tidak ke nasi… Itulah peribahasa yang boleh digambarkan apabila darah seni penyanyi Datuk Nora Ariffin mengalir kepada anak perempuannya, Putri Dahlia.

Malah menurut Nora, Putri mengikut jejak langkah menjadi seorang penyanyi itu juga mewarisi bakat daripada arwah suaminya iaitu komposer Allahyarham Johan Nawawi.

“Awak berbakat Putri… bakat itu kurniaan dan anugerah Allah. Harus sentiasa bersyukur. Putri Dahlia mewarisi bakat daripada ayahnya.

“Arwah Johan Nawawi, kalau pun ada daripada saya mungkin sedikit sahaja. Sebagai ibu, saya tumpang gembira dan sentiasa berdoa agar Putri Dahlia diberi peluang untuk melangkah lebih jauh dan kekal dengan keunikan tersendiri.

“Music is universal, you can go far and shine like a star. Believe in yourself, be confident but always stay humble,” tulis Nora menerusi laman Instagram miliknya.

Lagu nyanyian Putri Dahlia berjudul Old Love duet bersama Yuji mendapat tempat di hati peminat muzik yang turut memuji suaranya yang unik.

Bersyukur atas segala anugerah dan pengalaman selama 30 tahun menjadi anak seni, Nora berkata sudah tiba masanya untuk generasi baharu mewarnai industri muzik

“Lumrah kehidupan… ia satu proses, hidup sebagai artis ibarat roda. Bila kita sudah meningkat usia, kita wajar beri laluan pada legasi dan generasi baru untuk terus mewarnai industri.

“Alhamdulillahh, 30 tahun menjadi anak seni, saya sudah cukup bersyukur dengan segala anugerah dan pengalaman yang ada serta bersedia berkongsi ilmu.

“All the best my dear, i'm so proud of you,” katanya lagi.

#Nora Ariffin #Anak Nora Ariffin #Putri Dahlia
;