Masa Depan, Pilihanmu. Daftar Sekarang!
Hiburan

Nora Ariffin Dakwa Digelar 'Sundal', Anak Tiri Tampil Bersuara... Dedah Ada Simpan Banyak Bukti - "Lagi Buat Diam Lagi Seronok Dia Eh”

Khairil Khusyairi 04/12/2024 | 07:35 MYT

Nama penyanyi Datuk Nora Ariffin sekali lagi mencuri tumpuan apabila muncul seorang individu menafikan dakwaan dia menggelar penyanyi itu dengan kata-kata tidak baik.

Menerusi hantaran di platform X, individu tersebut berkongsi kembali kenyataan yang pernah dikeluarkan Nora yang mendakwa dirinya digelar ‘sundal’ oleh keluarga suaminya.

Menjelaskan dakwaan tersebut, individu tersebut tampil membela dan mempertahankan keluarganya dengan menegaskan mereka tidak pernah memanggil Nora dengan gelaran sedemikian.

“Apa yang awak maksudkan dimana dan bila kami ada gelar awak seperti itu? Kenapa tiba-tiba nak libatkan kami, apa yang kami buat?

“Rasanya dah banyak kali sangat dia try hard burukkan family aku. Lagi buat diam lagi seronok dia ek,” jelasnya

Lebih mengejutkan, individu tersebut turut mendakwa mempunyai bukti seperti rakaman suara yang dipercayai membabitkan tindakan penyanyi itu kepada keluarganya.

“Jangan buat saya mulakan apa yang dia buat pada keluarga saya. Saya mempunyai nota suara, tangkapan skrin, rakaman semuanya disimpan dalam telefon saya.

“Saya sudah lama berhenti mencemuhnya tetapi dia nampaknya tidak boleh stfu,” tulisnya lagi.

Dalam perkongsian berbeza, individu tersebut turut mempersoalkan tindakan seseorang yang gemar membuat provokasi.

“You're 50, babe. Get. A. Life.

“Apa yang tak puas hati sangat... ada je benda nak provoke. Just keep it to yourself je la kot? Kenapa kena tayang your dirty laundry to public,” tulisnya.

Untuk rekod, Nora pernah diceraikan suaminya, Dr Rushdi Ramli menerusi sebuah video pada Ogos lalu.

Selepas sebulan mengumumkan penceraian itu, penyanyi lagu Desa Tercinta ini memaklumkan dia dan suami sudah kembali rujuk.

Untuk rekod, Nora mendirikan rumah tangga dengan Rushdi dalam satu majlis yang diadakan sekitar hujung tahun 2021.

Nora sebelum itu pernah berkahwin dengan komposer Johan Nawawi pada 1992 dan dikurniakan empat cahaya mata.

Namun, Johan meninggal duia pada 24 Mac 2017 pada usia 52 tahun akibat serangan jantung.

#Nora Ariffin #Anak Tiri #Sundal
;