Nora Ariffin Puji Alyah Makin Lawa; “Ingat Victoria Beckham Tadi”

Shahrin Zulkifle
Oktober 13, 2022 07:00 MYT
Penyanyi Datin Alyah mencuri perhatian wargamaya selepas berkongsi foto ‘ootd’ di Instagram miliknya baru-baru ini.

Menerusi perkongsian tersebut, dapat dilihat pelantun lagu Kisah Hati itu manis mengenakan pakaian jenis blazer bewarna kelabu yang dipandakan bersama sehelai turtleneck hitam didalamnya.

“Oopss OOTD” tulisnya ringkas pada kapsyen.

Biarpun sekadar berkongsi sekeping foto buat tontonan pengikutnya di Instagram, namun perkongsian isteri kepada pengarah muzik terkenal Datuk Ramli MS itu menerima pelbagai komen pujian.

Menjengah ke ruangan balas, rata-rata wargamaya memuji Alyah yang dilihat semakin kurus dan cantik.

Malah, salah seorang rakan penyanyi iaitu Datuk Nora Ariffin turut memuji Alyah dengan menyamakan dirinya persis isteri pemain bola terkenal dunia, David Beckham iaitu Victoria Beckham.

“Ingat Victoria Beckham tadi, soooo cantik sayangku,” komen Nora.

Sekadar info, Alyah telah mendirikan rumah tangga bersama Ramli MS pada 18 Mac 2013 pada sebuah acara yang berlangsung secara rahsia di Indonesia.

#Alyah #Ramli MS #Nora Arifin