Skip to main content

Berita Tempatan

Nora Ariffin Simpati Nasib Penyanyi Senior, Bagi Nasihat Pada Penyanyi Muda

noraariffin4.jpg
Penyanyi popular, Nora Ariffin melontarkan persoalan pada penganjur konsert mahupun stesen radio dan televisyen agar lebih memberi peluang pada penyanyi senior untuk muncul membuat persembahan.
 
Akuinya, nasib penyanyi senior yang mempunyai berpuluh tahun dalam industri hiburan tempatan kurang dihargai.
 
Apa yang lebih menyedihkan adalah nasib penyanyi golongan ini, mereka tiada ruang untuk mengadakan persembahan.
 
"Apa yang berlaku pada artis-artis senior yang masih lagi berjuang? Mana platform depa? Tidakkah mereka berhak mendapat platform yang bagus untuk membuat persembahan," katanya.
 
Nora menyatakan pendiriannya terhadap isu tersebut menerusi status di akaun Instagramnya, @itsnoraariffin, hari ini.
 
 

Industri muzik kita bukannya besar berbanding negara luar. Artis BBNU masing2 dah ada platform & tempat masing2... Peluang sentiasa terbuka utk mereka....with or without talent. Radio & tv....mostly for BBNU.. Syukur rezeki mereka skrg. What happen to artis2 senior yg masih lagi berjuang??? Mana platform depa? Dont they deserve a good platform to perform... Tunggu depa dah tak de baru nak hargai?? Ada yg sudah berjuang lebih 30 tahun, tetap bekerja keras, masih lagi bertahan & relevan.... Kenapa begitu susah utk beri mereka peluang.? Rugikah station- station radio, tv atau mana2 penganjur kalau beri sedikit ruang pada mereka? Ramai artis senior muncul dgn single2 hebat....tapi mana lagu2 mereka? Adakah tidak layak masuk dlm playlist... Walaupun seminggu sekali? Adakah pendengar akn tukar station atau tukar siaran kalau tengok & dengar depa nyanyi?? Helloo..... Tak de yang lama...tak de yg baru... One day........ Semua org muda akn jadi tua juga... Semua yg junior akn jadi senior juga.... Semua org baru akn jadi lama juga... Tiada yg kekal..... Demi industri muzik tanahair, cuba sama2 renung & fikirkan. And.....tolong jgn kecam.? Tq ???? Wasalam.

A post shared by NORA ARIFFIN (@itsnoraariffin) on


Ujarnya, masih ada penyanyi  senior yang berjuang dalam industri seni lebih 30 tahun tetap bekerja keras dan bertahan serta relevan.
 
"Kenapa begitu susah utk beri mereka peluang.?
 
"Rugikah station- station radio, tv atau mana2 penganjur kalau beri sedikit ruang pada mereka?.
 
"Ramai artis senior muncul dgn single2 hebat....tapi mana lagu2 mereka? Adakah tidak layak masuk dlm playlist... Walaupun seminggu sekali?," katanya.
 
Secara sinis, Nora menyatakan tiada penyanyi lama bermakna tiada penyanyi baru.
 
"One day........ Semua org muda akn jadi tua juga... Semua yg junior akn jadi senior juga.... Semua org baru akn jadi lama juga... Tiada yg kekal..... Demi industri muzik tanahair, cuba sama2 renung & fikirkan. And.....tolong jgn kecam," katanya.
 
Teks oleh: Elrafaei Sapi

Foto: IG @itsnoraariffin
 

Advertisement

Topik Berkaitan

Must-Watch Video

Advertisement