gempak
  • Utama
  • Video
  • Rancangan
  • Gempak Most Wanted
  • Salam Muslim
  • Zon Lawak
  • Peraduan
  • Rojak Daily
  • Daftar
  • Daftar
gempak
  • Utama
  • Video
  • Rancangan
  • Gempak Most Wanted
  • Salam Muslim
  • Zon Lawak
  • Peraduan
  • Rojak Daily
VIRAL
Rakam Video ‘Bergurau’ Ketika Nyanyi Lagu Negaraku, Pempengaruh Mohon Maaf - “Saya Insaf Dan Berjanji…”
HIBURAN
Erma Fatima Tegur Netizen, Minta Jangan ‘Menyibuk’ Isu Anna Jobling & Ibu Kandung - “Siapa Kita Untuk Menghukum”
HIBURAN
Faizal Hussien Pilih Untuk ‘Diam’, Elak Tegur Pelakon Bermasalah Di Set - “Walaupun Dia Ulang Babak Lapan Kali…”
  • Polisi Privasi
  • Terma Pengguna

Gempak | Hakcipta Terpelihara © 2025 Measat Broadcast Network Systems Sdn Bhd 199201008561 (240064-A)

TERKINI

Nora Ariffin & Suami Masih Berhubung – “Kami Tidak Bermusuh”

Gempak
Gempak
11/08/2025
05:55 MYT
Sponsor Banner
Nora Ariffin & Suami Masih Berhubung – “Kami Tidak Bermusuh”
Penyanyi, Datuk Nora Ariffin hadir ditemani kakak angkatnya Rafeah Ariffin di Mahkamah Rendah Syariah Petaling jam 9.00 pagi untuk proses laporan Jawatankuasa Pendamai (JKP) bagi prosiding kes perceraian terhadap suami, Dr Rushdi Ramli.
Nora atau nama lengkapnya Wan Norafizah Wan Ariffin, 51, juga mengharapkan yang terbaik bagi apa sahaja keputusan mahkamah pada hari ini.
“Saya minta yang terbaik sebab kami sudah berbincang. Kita berserah kepada pihak mahkamah. Apa sahaja keputusan saya terima,” katanya.
Ketika disoal tentang perhubungannya dengan suami, Nora memaklumkan bahawa mereka masih berkomunikasi dengan baik malah Dr Rushdi juga ada menjenguknya.
“Hubungan saya dengan suami macam biasa, cuma kami masing-masing sibuk.
“Kami tidak bermusuh, tapi kami berdua tahu keadaannya macam mana. Teman tu tiada tetapi dia ada bertanya khabar. Dia masih balik dan menjenguk rumah sebab kami masih lagi ada ikatan,” jelasnya.
Terdahulu, Nora melantik Rafeah, manakala Rushdi memilih rakannya Syamsul Omar sebagai wakil JKP.
Pada 21 April lalu, Nora memfailkan permohonan perceraian selepas tercetus pelbagai konflik susulan hantaran di Instagram (IG) miliknya yang memaparkan video lafaz cerai oleh Dr Rushdi terhadapnya.
Selepas sebulan mengumumkan penceraian itu, Nora memaklumkan dia dan suami sudah kembali rujuk.
Imbas kembali, pada 2021, Nora mengesahkan sudah bergelar isteri kepada Dr Rushdi yang juga Pensyarah Kanan, Jabatan Fiqh dan Usul, Universiti Malaya.
Nora sebelum itu pernah mendirikan rumah tangga bersama komposer, Allahyarham Johan Nawawi pada 1992 dan dikurniakan empat cahaya mata.
Namun, Johan meninggal dunia pada 24 Mac 2017 pada usia 52 tahun akibat serangan jantung.
Sumber: Oh Bulan
Topic Berkaitan
#Nora Ariffin
#cerai
#Suami
#Mahkamah
#Kes
#Berhubung
Must-Watch Video
Advertisement
Advertisement