Nora Ariffin Tetap Menyanyi Walaupun Berkerusi Roda - "Tak Mahu Hampakan Permintaan Keluarga Pengantin"
Syafiqah Jalal
19/03/2023 11:49 MYT
19/03/2023 11:49 MYT
Penyanyi Datuk Nora Ariffin tetap membuat persembahan nyanyian meskipun terpaksa duduk di atas kerusi roda.
Kata Nora ia bagi memenuhi permintaan keluarga pengantin yang dikunjungi.
"Kenangan menyanyi atas wheelchair. Tak mahu hampakan permintaan keluarga pengantin ku teruskan jua.
"Nasib baik tak ke laut sangat. Terima kasih encik abang (suaminya) tolong tolakkan. Ada barakah," katanya.
Nora berkongsi perkara berkenaan di akaun Instagram miliknya.
Menerusi perkongsian itu dia memuat naik foto ketika sedang bernyanyi di atas kerusi roda sambil disorong suaminya.
Kemas kini berkenaan mendapat perhatian pengikutnya yang rata-rata tertanya-tanya dengan kondisinya.
"Kenapa Nora atas kerusi roda? Semoga cepat sembuh," kata salah seorang pengikut laman sosial.
"Masih tak sihat ke Nora?" tanya salah seorang netizen
Terdahulu, pada Disember lalu Nora dikatakan terpaksa berkerusi roda selepas kaki kirinya terseliuh selepas bermain badminton.