Laman Utama
Nora Berkongsi Rahsia Bangkit Setelah Kehilangan Dua Insan Tersayang Dalam Waktu Dekat
Kehilangan insan tersayang pastinya menjadi titik hitam bagi mana-mana individu.
Apatah lagi jika kehilangan itu berlaku secara silih ganti, pastinya memerlukan kecekalan dan ketabahan untuk mengharungi kehidupan.
Dalam Naura Shares episod 15 malam ini, penyanyi Nora Ariffin tampil berkongsi tentang kehilangan suaminya, Johan Nawawi, diikuti pemergian anak keduanya, Alif Johan.
Nora akan bercerita tentang bagaimana dia menghadapi dua kehilangan insan tersayang itu dan salah satu pembakar semangatnya adalah anak-anak lain yang masih memerlukan kasih sayangnya.
Nora menyedari kepentingan untuk fokus pada situasi semasa dan membuatkan anak-anaknya bahagia.
Terdahulu, Nora kehilangan Alif Johan pada 14 Disember 2019, sebelum itu, suaminya, Johan Nawawi yang juga seorang komposer ternama meninggal dunia pada 24 Mac 2017.
Nak tahu lebih tentang perkongsian Nora? Jangan lupa saksikan Naura Shares episod 15 malam ini.
Naura Shares yang kini memasuki musim ke-14 ditayangkan setiap Jumaat, jam 9.00 malam di NAURA (saluran 109).
Dihoskan oleh Hana Ismail, Naura Shares musim ke-14 turut menampilkan tetamu jemputan lain seperti Datin Alyah, Ernie Zakrie, Naim Daniel dan ramai lagi.
Must-Watch Video