Hiburan

Nora Danish Nafi Kahwini Nedim Dalam Masa Terdekat

gempak
Ahmad Shah
19/02/2016
20:37 MYT
Sponsor Banner
Nora Danish Nafi Kahwini Nedim Dalam Masa Terdekat
Pelakon Nora Danish menafikan dakwaan bakal mendirikan rumah tangga dengan kekasih Nedim Nazri Aziz, dalam masa terdekat.
Nora atau nama sebenarnya Nora Mohd Danish Hanif berkata, dia kini sedang sibuk dengan bidang perniagaan selain fokus kepada karier seninya.
Dia turut menafikan khabar angin sudah menempah baju kahwin.
“Mana ada saya tempah baju kahwin. Semua itu spekulasi dan saya belum ada perancangan untuk berkahwin dalam masa terdekat.
“Kalau betul nak kahwin, pasti saya akan umumkan kepada pihak media dan peminat. Rasanya saya tidak akan berahsia dalam soal begini," katanya kepada Astro Gempak.
Tambahnya lagi, dia sudah lali dengan penyebaran berita seumpama itu di media sosial.
"Saya sebenarnya penat nak menjawab soalan yang sama. Jangan cepat percaya jika tersebarnya cerita saya bakal berkahwin sebab saya sendiri akan beritahu peminat.
"Saya juga seorang yang aktif di Instagram. Jika benar saya mahu berkahwin, sebulan sebelum majlis berlangsung saya akan umumkan di media sosial. Saya akan muat naik foto-foto persiapan perkahwinan untuk dikongsi bersama peminat,” ujarnya.
Nora ditemui ketika menjadi juri jemputan di minggu keempat Maharaja Lawak Mega 2016 (MLM 2016) di Dewan Teater Selangor, Shah Alam.
Dalam pada itu, Nora memberitahu tidak merancang untuk mengadakan majlis perkahwinan secara besar-besaran, sekiranya berkahwin.
"Saya pernah cakap dulu, kalau kahwin sekalipun saya tidak akan buat majlis perkahwinan secara besar-besaran. Cukup sekadar akad nikad sahaja.
"Jangan risaulah...saya pasti akan umumkan kepada semua," katanya.
Minggu keempat MLM 2016 menyaksikan kumpulan Xola yang dianggotai oleh Chot, One dan Wan Wala diumumkan sebagai peserta yang tersingkir selepas menerima undian terendah.

Layari www.maharajalawakmega.com.my untuk info lanjut!

Teks Oleh: Khalid Rahman

Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Gempak Non Stop Live