Layan Gempak Non-Stop Live hari ini selama 12 jam! Kumpul kata kunci & menang hadiah menarik di sini
Hiburan

Nora Danish Punca Rumah Tangga Fasha Sandha, Jejai Goyah?

Ahmad Shah 04/12/2015 | 11:24 MYT

Tiba-tiba sahaja khabar angin mengenai keretakan rumah tangga pelakon Fasha Sandha dan suami, Rizal Ashram Ramli menjadi bualan.

Menurut laporan mStar Online, ada sumber sahih memaklumkan Fasha atau nama sebenarnya Nur Fasha Sandha Hassan, 31, dipercayai telah mengunjungi sebuah pejabat agama Islam baru-baru ini.
Namun tidak dipastikan kunjungan itu sama ada untuk mendapatkan kaunseling hal rumah tangga ataupun nasihat mengenai urusan perceraian.
Tambah sumber itu lagi, keretakan rumah tangga Fasha dan Rizal atau lebih dikenali sebagai Jejai, 39, disebabkan campur tangan pihak ketiga yang dipercayai melibatkan ahli keluarga Jejai sendiri.
Bagaimanapun menerusi sebuah akaun Instagram IG, telah mengaitkan keretakan rumah tangga Fasha dengan pelakon Nora Danish.
Menurut pemilik IG tersebut, seorang followers sempat melakukan ‘screen shot’ pada salah satu komen yang dipercayai ditulis Fasha di IG milik adik Jejai dikenali sebagai Azalea.
Komen tersebut bagaimanapun telah dipadam Fasha tidak lama kemudian.
Lebih memanaskan lagi keadaan, Nora Danish turut menulis komen yang menguatkan lagi dakwaan tentang rumah tangga Fasha dan Jejai kini goyah.
Sementara itu peminat kedua-dua aktres tersebut turut berdebat mengenai isu tersebut.
Fasha dan Jejai bernikah pada 27 April 2012 dan dikurniakan dua cahaya mata iaitu Putra Rayfal yang berusia dua tahun dan Putri Raysha Jemyma yang berumur setahun.
Sebelum itu Jejai pernah bekahwin dengan Nora Danish pada 20 Jun 2006 dan bercerai pada 10 Julai 2008 dan dikurniakan seorang anak lelaki, Putra Rayqal.

#Kontroversi #Fasha Sandha #Nora Danish
;