Raikan Wira Wonda Kita! Kongsikan kisah inspirasi wira anda & menangi wang tunai RM10,000

Nora Danish Terima Dos Pertama Vaksin Sinovac, Netizen Beri Pujian - “Alhamdulillah, Tak Memilih Vaksin”

Azwa Rahman
13/07/2021 02:50 MYT
Aktres jelita Nora Danish selesai menerima suntikan dos pertama vaksin COVID-19 jenis Sinovac di sebuah Pusat Pemberian Vaksin (PPV) pada Isnin.

Menurut Nora, setakat ini dia belum mengalami sebarang kesan sampingan selepas kurang 24 jam menerima suntikan terbabit.

Malah katanya, dia menjadi semakin bertenaga dan rajin melakukan kerja-kerja rumah.

Menerusi laman sosial Instagram, Nora berkongsi foto dan sedutan video disuntik untuk tatapan umum.

“First dose Sinovac, #kitajagakita,” tulisnya ringkas di ruangan kapsyen.

A post shared by naOradaishi (@noradanish)


Sementara itu di ruangan komen, ramai wargamaya memberikan pujian kerana Nora menerima vaksin yang diberikan kepadanya tanpa perlu memilih.

Alhamdulillah tak memilih vaksin. Tak macam diva tua tu. Tak nak amik Sinovac sebab nak pergi Paris,” usik seorang wargamaya.

Tak ada pun merungut yang artis sorang sendu banyak songeh nak Pfizer la apa la,” kata seorang wargamaya.

Alhamdulillah, tahniah kak Nora tak memilih vaksin,” tulis seorang wargamaya.

Alhamdulillah relaks je amik Sinovac,” puji seorang wargamaya.

Menantu VVIP pun bertenang je,” komen seorang wargamaya.

Yeay geng Sinovac. Saya pun dapat vaksin Sinovac. Alhamdulillah dah complete,” kongsi seorang wargamaya lagi.

Sehingga kini, perkongsian tersebut telah menerima hampir 18,000 tanda suka daripada wargamaya.

Pada Ahad, selebriti Ifa Raziah membatalkan temujanji vaksin selepas diberitahu akan menerima vaksin jenis Sinovac dan bukannya Pfizer.

BACA: Dikecam Kerana Pilih Vaksin, Ifa Raziah Bukan Mengada-Ngada Tapi Ada Alasan Kukuh!

Awal Mei lalu, Nora disahkan positif COVID-19 selepas mempunyai kontak rapat individu dalam kategori C.
#Nora Danish #Vaksin Covid-19 #Vaksin Sinovic