UNDI TOP 5 GEMPAK MOST WANTED AWARDS SEKARANG!
Hiburan

Nora Danish Titip Pesanan Untuk Kaum Wanita Gemar ‘Membawang’ - “Amalkan Sedekah & Sentiasa Bertaubat”

Asyikin Mayudin 30/01/2025 | 01:55 MYT
Perkongsian pengarah Shahrulezad Mohameddin atau lebih dikenali sebagai Budak Ijat yang memuat naik semula ‘posting’ pelakon Nora Danish berkenaan dengan bersedekah.

Menerusi posting tersebut, Nora menitipkan pesanan terutama kepada kaum wanita agar perbanyakkan istiqhfar dan bersedekah.

Menurut Nora, dengan amalan bersedekah itu juga dapat mengingatkan untuk tidak melakukan perkara seperti mengata atau mengumpat orang lain.

“Untuk wanita terutamanya, Nabi berpesan, kita perlu perbanyakkan istiqhfar dan bersedekah. Supaya tidak muflis akhirat kerana dah menjadi kebiasaan kita suka ‘membawang’.

“Dan bila bersedekah itu, niat kan ‘Ya Allah sedekah ini aku khususkan kepada mereka yg aku zalimi, mereka yg berhak ke atas diriku’. Kalau kita nak minta maaf setiap pada yg kita umpat memang tak logik la kan.

“Terutama yang mereka kita tak pernah berjumpa pun. Jadi kita amalkan sedekah ini dan sentiasa bertaubat,” kongsi Nora.

Ruang komen di perkongsian itu dipenuhi dengan kata-kata positif netizen yang rata-ratanya turut bersetuju dengan Nora Danish.

#Nora Danish #Mengata #Sedekah #Mengumpat #Kaum wanita #Amalan sedekah
;