,
Laman Utama

Nora Nafi Sudah Bernikah Dengan Annuar Musa Di Selatan Thai, Mengaku Terima Lamaran Lelaki Lain

Awani
18/05/2021
12:04 MYT
Penyanyi terkenal Datuk Nora Ariffin menafikan dakwaan kononnya dia dan Menteri Wilayah Persekutuan, Tan Sri Annuar Musa sudah bernikah di selatan Thailand.
Di media sosial, tular sekeping salinan sijil pernikahan yang didakwa milik Nora dan Annuar.
"Demi Allah, saya dan Tan Sri (Annuar) tidak bernikah… saya sendiri tidak faham bagaimana ada pihak yang boleh buat tuduhan sedemikian.
"Sudah banyak kali saya nafi, Tan Sri juga sudah menafikannya, namun, masih ada yang nampaknya tidak percaya.
BACA: Gosip Berkahwin Dengan Annuar Musa, Nora Ariffin; "Aduhai, Saya Masih Lagi..."
"Disebabkan itu, saya fikir sudah sampai masanya saya umumkan bahawa saya ada menerima lamaran pernikahan dan sedang merancang ke arah majlis itu," jelasnya ketika dihubungi Astro Awani.
Penyanyi yang popular dengan lagu Hanya Satu itu mengakui ada menerima lamaran pernikahan, namun bukanlah daripada Annuar yang juga Ahli Perlimen Ketereh seperti yang didakwa sebelum ini.
“Saya fikir sudah sampai masanya untuk saya mengumumkan bahawa saya ada menerima lamaran daripada seseorang.
"Insya-Allah jika segala perancangan berjalan lancar, saya akan berkongsi mengenai hari bahagia saya dengan anda semua tidak lama lagi,” jelasnya lagi.
Tambah balu komposer terkenal, Allahyarham Johan Nawawi itu lagi, kesediaannya untuk bernikah dibuat selepas berfikir sedalam-dalamnya selain direstui oleh anak-anak.
"Anak-anak ada berkata, mereka akan memberi sokongan pada apa sahaja keputusan yang baik buat saya. Mereka hanya mahu melihat ibu mereka gembira,” ujar Nora.
Sementara itu, Nora juga memaklumkan, keluarganya dan belah Allahyarham Johan turut bersetuju jika dirinya menerima lamaran daripada lelaki yang serius ingin memperisterikannya.
"Ibu Abang Johan juga ada berpesan pada saya sebelum beliau meninggal dunia sekiranya ada lelaki yang mahu mahu melamarnya, terima saja.
"Alhamduliillah, berkat restu dan sokongan anak-anak serta keluarga, saya sudah bersedia menerima lamaran itu," kata Nora.
Sekadar info, Nora mendirikan rumah tangga bersama Johan pada 1992.
Pasangan itu dikurniakan empat orang anak iaitu dua lelaki dan dua perempuan.
Johan telah meninggal dunia pada 24 Mac 2017 pada usia 52 tahun akibat serangan jantung, sementara anak kedua pasangan itu, Muhammad Syakir Aliff pula menghembuskan nafas terakhir pada 13 Disember 2019 ketika berusia 20 tahun.
Sumber: Awani
Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Hiburan

”Muka Sama, Comel” – Nina Ismail Sabri Jadi Perhatian, Ramai Teka Nampak Macam Video ‘Pre-Wedding’

gempak
24/09/2024
13:55 MYT
Bekas isteri kepada pereka fesyen terkenal, Datuk Jovian Mandagie, iaitu Nina Ismail Sabri sekali lagi mencuri perhatian ramai apabila sebuah akaun di aplikasi Thread memuat naik video yang kelihatan seperti pre-wedding bersama jejaka dikenali sebagai Hafiz Osman.
Hiburan

“Tiada Benci Antara Kami” - Rujuk Kembali, Nora Ariffin & Suami Banyak Ambil Iktibar

gempak
20/09/2024
08:55 MYT
Penyanyi, Datuk Nora Ariffin menegaskan tiada dendam antara dia dan suaminya, Dr Rushdi Ramli, meskipun perkahwinan mereka hampir menemui titik noktah.
Terkini

Suami Buat 100 Panggilan Gangguan Sehari Kerana Cemburu

gempak
18/09/2024
11:55 MYT
Semuanya terbongkar selepas wanita yang berusia 31 tahun dari wilayah Hyoga,Jepun telah membuat satu laporan polis.
Hiburan

30 Tahun Dalam Industri Muzik, Nora Ariffin Syukur Impian Adakan Konsert Solo Tercapai - “Hampir Mengalah…”

gempak
14/09/2024
15:55 MYT
Penyanyi, Datuk Nora Ariffin menzahirkan rasa syukur apabila impiannya untuk menjalankan konsert tercapai setelah 30 tahun berada dalam industri muzik tanah air.
Hiburan

Nora Sahkan Rujuk Semula Dengan Dr Rushdi

gempak
14/09/2024
10:34 MYT
Penyanyi Datuk Nora Ariffin mengesahkan sudah rujuk semula dengan bekas suami, Dr Rushdi Ramli selepas sebulan mengumumkan perceraian menerusi video dalam Instagram (IG).
BorakSeeni