Wabak COVID-19 yang melanda menyebabkan hampir kebanyakkan negara lumpuh akibat penularannya.

Industri pelancongan dan penerbangan antara yang terjejas teruk ekoran daripada tempoh perintah berkurung di negara masing-masing.

Dengan angka jangkitan yang berada di dalam kawalan, beberapa lokasi pelancongan di serata dunia sudah mula dibuka sedikit demi sedikit untuk kegunaan penduduk tempatan.

Di sini Gempak senaraikan beberapa aktiviti percutian dan riadah yang sudah mula beroperasi kembali.

1. Aktiviti Gondola di Venice, Itali.




Aktiviti menaiki gondola menyelusuri Grand Canal, Venice telah mula beroperasi kembali pada minggu lalu selepas negara Itali melonggarkan Perintah Berkurung yang dikenakan untuk mengekang penularan COVID-19.

Setiap bot hanya boleh menaiki oleh satu ke dua orang sahaja bagi mematuhi penjarakan sosial.

2. Lokasi pelancongan dan hiburan di Thailand.



Negara Thailand telah melonggarkan sekatan yang dikenakan susulan pandemik COVID-19 dengan membuka semula lebih banyak industri dan perniagaan untuk penduduk tempatan sahaja.

Pusat spa dan urut, pawagam dan teater, zoo dan pusat pameran serta pusat membeli-belah akan dibuka semula dengan amalan jarak sosial yang ketat dan mengehadkan jumlah pengunjung.



3. Negara Kemboja benarkan pelawat asing masuk.



Mulai Jun 2020, negara Kemboja akan membuka semula tarikan pelancongan seperti muzium selepas tiada kes jangkitan baharu COVID-19 dilaporkan selama lebih sebulan.

Pelawat asing yang masuk ke negara Kemboja perlu menunjukkan sijil kesihatan sah tidak melebihi tempoh 72 jam yang mengesahkan mereka tidak dijangkiti virus COVID-19.



Mereka juga perlu tunjukkan bukti memiliki insurans kesihatan bernilai AS$50,000 (RM214,800) semasa berada di Kemboja.

Selain itu, pengunjung asing perlu menjalani saringan COVID-19 dan dikuarantin selama 14 hari di kemudahan ditentukan kerajaan.

4. Taman Tema di Jepun dibuka semula.



Beberapa buah taman tema besar di Jepun telah kembali beroperasi setelah ditutup untuk beberapa bulan akibat COVID-19.

Ramai penduduk di Jepun mengambil peluang untuk keluar rumah dan berhibur di taman tema ini setelah lama dikuarantin di rumah.

Tetapi sebagai salah satu norma baru yang harus dipatuhi, pengunjung perlu sentiasa memakai pelitup muka dan tidak menjerit terlalu kuat ketika menaiki roller coaster atau mana-mana permainan.