Norman Ajak Abby Berlakon Balik Dalam Gerak Khas, Ini Jawapan 'Inspektor Aleeza'!

Amri Hassan
November 15, 2018 07:43 MYT
Jika anda masih ingat, Abby Abadi pernah popular dengan watak ikonik Inspektor Aleeza dalam drama kepolisan Gerak Khas suatu ketika dahulu.
Malah, Abby juga pernah mencipta fenomena menerusi wataknya bersama Datuk AC Mizal dalam Gerak Khas The Movie.
Terbaharu, Norman berseloroh menerusi entri di Instagramnya mengajak Abby untuk kembali berlakon dalam drama yang bakal memulakan penggambaran musim terbaharu tidak lama lagi.
"Datuk Yusof Haslam suruh stand by, lagi sebulan nak start shooting Gerak Khas musim baru.
"Dan yang kedua dia minta pesan pada Abby Abadi stand by juga untuk diserap masuk semula dalam Gerak Khas.
"Itu ini begitu begini last sekali saya call Abby minta Datuk Yusof Haslam cakap sendiri dengan puan punya badan.
"So now decision is yours Abby," tulis Norman yang terkenal dengan watak Inspektor Haris sejak musim keempat Gerak Khas.
Namun ini jawapan Abby!
"Macam mana nak buang lelemak berlebihan ni Norman Hakim. Help! Hahahaha," tulis Abby.
Perbualan itu menarik minat netizen yang mahukan Abby untuk kembali berlakon dalam drama popular itu.
Malah, ada yang inginkan pelakon-pelakon lain antaranya Datuk AC Mizal dan Farid Amirul (Detektif Lim) untuk berlakon semula dalam Gerak Khas.
#Abby Abadi #Norman Hakim #Gerak Khas