Raikan Wira Wonda Kita! Kongsikan kisah inspirasi wira anda & menangi wang tunai RM10,000

Norman Hakim Belajar Menari, Ramai Usik - “Ghisau, Badan Ketul-Ketul Bila Start Nari Sheram Bang”

Mya Amri
09/11/2021 04:58 MYT
Pelakon Norman Hakim mendapat perhatian peminat selepas memaklumkan dia kini belajar menari.

Menerusi akaun Instagramnya, Norman memuat naik video pendek merakamkan dirinya sedang menari sambil diperhatikan oleh guru tariannya.

Menurut Norman, ini merupakan ini merupakan hari pertamanya belajar dan menghafal tarian.

“Okay lah kot untuk hari pertama kelas tarian bersama cikgu @mizannazimlah. Jumpa lagi esok malam cikgu,” tulisnya ringkas.

A post shared by Doa Mak Ayah Anak Isteri❤️ (@normanhakim_786)

Bagaimanapun menerusi ruangan komen rata-rata peminatnya mengusik Norman dengan memberikan pendapat mengenai langkah tariannya.

Ada yang kagum dengan suami kepada aktres Memey Suhaiza itu dan ada juga yang mengatakan Norman kelihatan seksi ketika menari walaupun agak kaku.





Terdahulu, Norman sebelum ini dikenali sebagai seorang selebriti yang sangat menjaga pemakanan dan juga bentuk badan.

Norman juga mengamalkan gaya hidup sihat dan rajin bersenam demi menjaga kesihatan tubuh badannya.

Sehingga kini Norman masih lagi meneruskan diet dan menitikberatkan konsep cheat day, cheat meal dan refeed.

***Dapatkan berita terkini, cepat dan mudah, langgan saluran Telegram Gempak!

Dah undi artis kegemaran di AME2021? Klik banner di bawah untuk mengundi.

#Norman Hakim #Sado #Belajar Menari