gempak
  • Utama
  • Video
  • Rancangan
  • Gempak Most Wanted
  • Salam Muslim
  • Zon Lawak
  • Peraduan
  • Rojak Daily
  • Daftar
  • Daftar
gempak
  • Utama
  • Video
  • Rancangan
  • Gempak Most Wanted
  • Salam Muslim
  • Zon Lawak
  • Peraduan
  • Rojak Daily
HIBURAN
Sudah Ada 5 Anak, Ronaldo & Georgina Rodriguez Baru Bertunang
HIBURAN
Astro Audio Perkenal Aplikasi Eksklusif Setiap Stesen Radio
GAYA HIDUP
Pasangan Suami Isteri Empat Kali Juara Pertandingan Motorhome & Campervan Merdeka
  • Polisi Privasi
  • Terma Pengguna

Gempak | Hakcipta Terpelihara © 2025 Measat Broadcast Network Systems Sdn Bhd 199201008561 (240064-A)

HIBURAN

Norman Hakim Syukur, Anak Cemerlang Dalam Peperiksaan - “Kami Bangga Dengan Awak Baby Sayang”

Mya Amri
Mya Amri
19/01/2025
00:26 MYT
Sponsor Banner
Norman Hakim Syukur, Anak Cemerlang Dalam Peperiksaan - “Kami Bangga Dengan Awak Baby Sayang”
Pelakon, Norman Hakim mengucapkan rasa syukur apabila anaknya, Danisha Hakim menerima Anugerah Modal Insan selain cemerlang dalam peperiksaan akhir tingkatan empat.

Syukur anak cemerlang

Norman berkongsi kegembiraan itu menerusi hantaran terbaharu di Instagram.
Menurut Norman, dia juga berharap Danisha cemerlang dalam Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) nanti.
"Dengan setinggi-tinggi kesyukuran ke hadrat Allah, Papa, Mama, Mummy (panggilan Memey) dan Abah (suami Abby) berterima kasih kepada Allah kerana mengurniakan kejayaan yang indah ini.

"Kami doakan agar awak terus konsisten dan istiqamah dalam mengekalkan kecemerlangan, seterusnya memuncak kejayaan yang lebih cemerlang untuk SPM pada penghujung 2025, insya-Allah," tulisnya.

Dalam pada itu, Danisha juga turut menerima anugerah pelajar cemerlang bagi mata pelajaran Pendidikan Islam dan Tasawwur Islam.
Selain itu, Danisha juga turut menerima pengiktitrafan sebagai Anugerah Modal Insan.
View this post on Instagram
A post shared by Doa Mak Ayah Anak Isteri❤️ (@normanhakim_786)

ARTIKEL BERKAITAN:Abby Abadi Sambut Hari Lahir Danisha, Kehadiran Marissa Dania Pula Tarik Perhatian Netizen - “Mama Sayang Semua Anak-Anak…”

ARTIKEL BERKAITAN:Dikatakan Kerap Tayang Marissa, Netizen Persoal Mana Danisha? Abby Abadi Jawab - “Ada Sebablah Kalau Gambarnya Kurang”

ARTIKEL BERKAITAN:Abby Abadi Dedah Anak-Anaknya Berkulit Putih Sebab Tak Main Panas, Duduk Dalam Aircond 24 Jam

ARTIKEL BERKAITAN:“Abang Ni Tarbiah, Mata Dia Jeling-Jeling Dania” - Norman Hakim Kena ‘Sekolah’, Ingat Pegang Tangan Girlfriend Rupanya Anak

Untuk rekod, Norman mendirikan rumah tangga dengan Abby pada 2022, namun pasangan selebriti itu bercerai pada 2009.
Mereka dikurniakan tiga cahaya mata iaitu Mohamed Danish Hakim, 22, Marissa Dania Hakim, 20, dan Danisha Hakim, 17 tahun.
Norman kemudian berkahwin kali kedua dengan pelakon Memey Suhaiza pada September 2011 dan telah dikurniakan tiga cahaya mata iaitu Muhammad Darwisz Hakim, 12, Muhammad Dikhriz Hakim, 10, dan Mikayla Delisha Hakim, 7 tahun.
Topic Berkaitan
#Abby Abadi
#Peperiksaan
#Norman Hakim
#Cemerlang
#Danisha Hakim
Must-Watch Video
Advertisement
Advertisement