Jom Sertai Keluang Man Fun Run yang akan berlangsung pada 18 Mei 2025 dan berlari bersama Borhan! 
HIBURAN

Norman Hakim Syukur, Anak Cemerlang Dalam Peperiksaan - “Kami Bangga Dengan Awak Baby Sayang”

Mya Amri 19/01/2025 | 00:26 MYT
Pelakon, Norman Hakim mengucapkan rasa syukur apabila anaknya, Danisha Hakim menerima Anugerah Modal Insan selain cemerlang dalam peperiksaan akhir tingkatan empat.

Syukur anak cemerlang
Norman berkongsi kegembiraan itu menerusi hantaran terbaharu di Instagram.
Menurut Norman, dia juga berharap Danisha cemerlang dalam Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) nanti.
"Dengan setinggi-tinggi kesyukuran ke hadrat Allah, Papa, Mama, Mummy (panggilan Memey) dan Abah (suami Abby) berterima kasih kepada Allah kerana mengurniakan kejayaan yang indah ini.

ARTIKEL BERKAITAN:Abby Abadi Sambut Hari Lahir Danisha, Kehadiran Marissa Dania Pula Tarik Perhatian Netizen - “Mama Sayang Semua Anak-Anak…”

ARTIKEL BERKAITAN:Dikatakan Kerap Tayang Marissa, Netizen Persoal Mana Danisha? Abby Abadi Jawab - “Ada Sebablah Kalau Gambarnya Kurang”

ARTIKEL BERKAITAN:Abby Abadi Dedah Anak-Anaknya Berkulit Putih Sebab Tak Main Panas, Duduk Dalam Aircond 24 Jam

ARTIKEL BERKAITAN:“Abang Ni Tarbiah, Mata Dia Jeling-Jeling Dania” - Norman Hakim Kena ‘Sekolah’, Ingat Pegang Tangan Girlfriend Rupanya Anak

Untuk rekod, Norman mendirikan rumah tangga dengan Abby pada 2022, namun pasangan selebriti itu bercerai pada 2009.

Mereka dikurniakan tiga cahaya mata iaitu Mohamed Danish Hakim, 22, Marissa Dania Hakim, 20, dan Danisha Hakim, 17 tahun.
Norman kemudian berkahwin kali kedua dengan pelakon Memey Suhaiza pada September 2011 dan telah dikurniakan tiga cahaya mata iaitu Muhammad Darwisz Hakim, 12, Muhammad Dikhriz Hakim, 10, dan Mikayla Delisha Hakim, 7 tahun.

#Abby Abadi #Peperiksaan #Norman Hakim #Cemerlang #Danisha Hakim