,
Gegar Vaganza All Star

Noryn Aziz Suntik Steroid Rawat Suara 'Rosak' - "Mungkin Sudah Terlalu Stress Untuk Pertandingan Ini"

Amri Hassan
20/11/2023
09:50 MYT
Bintang All Stars Gegar Vaganza, Noryn Aziz mendedahkan dirinya perlu mengambil suntikan steroid bagi merawat masalah peti suara sejak minggu lalu.

BERITA TRENDING: All Stars Gegar Vaganza: Kurang Main Dengan Dinamik, Noryn Aziz Tersingkir

Kata Noryn, 46, suaranya mulai berubah menjadi terlalu serak dan bertambah teruk hingga memaksanya merujuk dengan pakar perubatan.
“Mungkin sudah terlalu stres untuk pertandingan ini sehingga saya perlu mengambil suntikan steroid dan Allah SWT juga mungkin kata sudah-sudahlah (berhenti bertanding), sebelum jadi ting-tong (gila).
“Saya terpaksa ambil steroid pada minggu lalu, sebelum ini tidak pernah pun sebab suara sudah terlalu serak dan hampir hilang," katanya usai konsert kesembilan All Stars Gegar Vaganza pada Ahad.
Ditanya tentang dakwaan tangan kerap menggigil ketika menyanyi, Noryn memberitahu dia tidak terlepas daripada bergelut dengan masalah keresahan atau anxiety.
"Perasan ya tangan saya menggigil? Sebenarnya kerap juga saya alami anxiety sepanjang bertanding GV10.
"Tangan saya memang akan menggigil tetapi agak sukar nak jelaskan situasi tersebut. Kepala saya juga akan rasa pening sedikit seperti tidak stabil," ujarnya.

PILIHAN PEMBACA: “Dulu Ada Majalah Mangga, Cerita Gosip Tak Sebut Nama” - Noryn Aziz

Untuk rekod, Noryn yang menyanyikan lagi Tegar bersama Dia Fadilla menjadi bintang ketujuh tersingkir dari pentas All Stars Gegar Vaganza.
All Stars Gegar Vaganza dihoskan oleh Nabil Ahmad dan Jihan Muse.
Manakala juri tetap pula adalah Datuk Ramli MS, Hetty Koes Endang dan Datuk Syafinaz Selamat.
All Stars Gegar Vaganza bersiaran secara langsung dari Auditorium MBSA, Shah Alam, setiap Ahad, jam 9.00 malam secara eksklusif di Astro Ria (Saluran 104).
Untuk pilihan lebih fleksibel, ia boleh distrim melalui platform On Demand menerusi Astro Box dan aplikasi Astro GO.
All Stars Gegar Vaganza juga ditayangkan secara live di sooka menerusi pelan langganan mudah alih Sports & Entertainment serendah RM1.15 sehari, tanpa kontrak.
Sementara klip sedutan sesi latihan vokal, persediaan dan trivia para peserta dapat ditonton melalui liputan kapsul ‘Kapsul Gegar Vaganza’ pada setiap hari Isnin hingga Jumaat, jam 7.00 malam.
Jangan lepaskan peluang menyaksikan konsert akhir All Stars Gegar Vaganza pada 10 Disember ini secara langsung di Axiata Arena, Kuala Lumpur!
Tujuh kategori tiket sudah mulai dijual dengan harga mulai RM88 hingga RM688.
ASTRO BAHARU. TAK MACAM DULU.
Alami pengalaman Astro Baharu dan strim #AllStarGegarVaganza #GegarVaganza10 tanpa gangguan hujan dengan Astro Ultra Box.
PEK PRIMARY Astro hanya dari RM59.99. WhatsApp “GET ASTRO” ke 03-9543 3838.
Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Hiburan

Penyanyi ‘Sohor’ Kelantan, 5 individu Positif Dadah

gempak
03/11/2024
11:41 MYT
Menurut sumber, sehubungan itu, keenam-enam suspek berusia antara 25 hingga 34 tahun itu akan dibawa ke Mahkamah Narathiwat untuk prosiding reman esok.
Hiburan

Nama Dipetik Terkait Kes Penahanan Pil Kuda di Thailand, Idayu Tampil Pertahankan Diri - "Ramai Betul Yang Tag Kita…"

gempak
03/11/2024
04:55 MYT
Penyanyi, Idayu menafikan dakwaan dirinya antara yang ditahan oleh polis kerana disyaki memiliki ribuan pil kuda di Sungai Golok,Narathiwat, Thailand.
Hollywood

Kim Kardashian Jadi Aligator Albino

gempak
02/11/2024
14:50 MYT
Perayaan Halloween menjadi acara tahunan penting bagi selebriti Hollywood untuk tampil dengan kostum unik.
Hiburan

Penyanyi Wanita Terkenal Kelantan Ditahan Bersama Pil Kuda?

gempak
02/11/2024
06:20 MYT
Seorang penyanyi wanita tersohor Kelantan antara enam individu yang ditahan oleh pihak polis Thailand bersama ribuan biji pil kuda dalam serbuan di sebuah hotel di Sungai Golok, Narathiwat pagi semalam.
Gaya Hidup

30,000 Rakyat Malaysia Ke Thailand Sepanjang Cuti Deepavali

gempak
02/11/2024
05:55 MYT
Hampir 300,000 rakyat Malaysia dijangka berkunjung ke Thailand sepanjang musim cuti perayaan Deepavali yang bermula Rabu, kata Konsul Jeneral Malaysia di Songkhla Ahmad Fahmi Ahmad Sarkawi.
Anmum