Pencarian CUCKOO Friend 2019 telah hampir tiba hingga kemuncaknya.

Lima bintang Gegar Vaganza musim kelima (GV5) iaitu Noryn Aziz, Hetty Sarlene, Maya, Zamani, Forteen bakal merebut gelaran juara di CUCKOO Friend 2019.

Bintang GV5 tersebut yang menerima undian tertingi dipilih untuk merebut gelaran CUCKOO Friend 2019 di Konsert Gegaran Cuckoo yang bakal berlangsung pada 13 November depan.

Kesemua bintang itu bakal beraksi dalam konsert tersebut yang merupakan sambutan sempena ulang tahun keempat Cuckoo.

Semua orang awam termasuk pekerja atau keluarga Cuckoo dialu-alukan untuk membuat undian sekarang sehingga sebelum konsert akhir kelak.

Undian boleh dilakukan di dalam microsite https://cuckoo.com.my/pencariancuckoofriend2019

Keputusan pencarian CUCKOO Friend 2019 akan diumumkan ketika konsert akhir GV5.

Siapakah CUCKOO Friend 2019? Semuanya di tangan anda!

GV5 bersiaran secara langsung di saluran Astro Ria (104) dan Ria HD (123) pada setiap Ahad jam 9 malam.

Layari laman web www.gegarvaganza.com.my untuk segala informasi lanjut mengenai GV5.