Laman Utama

Nostalgik, Pink & Estetik! Lawanya Koleksi Kapsul Limited Edition Barbie X ALDO

gempak
Amri Hassan
24/06/2023
12:35 MYT
Sponsor Banner
Nostalgik, Pink & Estetik! Lawanya Koleksi Kapsul Limited Edition Barbie X ALDO
Jenama kasut dan aksesori fesyen global terkemuka, ALDO, bakal melancarkan kerjasama jenama pertama dengan ikon pop budaya terkenal Barbie, bersama syarikat mainan global terkemuka Mattel, Inc.
Koleksi kapsul edisi terhad Barbie x ALDO yang dilancarkan pada 29 Jun menampilkan sisi kedua-dua jenama yang menyeronokkan serta inklusif dengan fesyen yang terkini – bergabung bagi meraikan nostalgia, mengekspresikan diri serta memperkasakan generasi dalam mengejar impian yang besar.
19 unit kasut, beg tangan dan aksesori wanita edisi terhad yang pelbagai dihasilkan menjadi permainan dalam kehidupan sebenar bagi memberikan pengalaman Barbie yang ikonik, berani dan menyeronokkan.
Koleksi nostalgik tersebut juga menonjolkan warna merah jambu monokromatik yang menyerlah serta sinonim dengan jenama Barbie, menyemarakkan lagi nilai estetik Barbiecore™.
Kesemua peralatan tersebut adalah termasuk elemen Y2K yang disertakan dengan gaya klasik ALDO serta gaya berani Barbie yang estatik, menjadikan hasil yang unik dan menggambarkan kedua-dua jenama tersebut.
Setiap unit yang unik dihiasi dengan berlian yang menarik perhatian, mempersonakan serta perincian seperti monogram B berhiaskan permata dan logo Barbie yang dinamik.
"Kerjasama kami dengan Barbie adalah pilihan terbaik - sebuah jenama unggul merentas generasi, berkongsi ruangan yang menarik dengan citarasa tinggi seperti ALDO," kata Daianara Grullon Amalfitano, Ketua Pegawai Jenama dan Produk ALDO.
"Matlamat kami dalam kerjasama ini adalah untuk memberikan keseronokan serta mengimbau kenangan nostalgik pelanggan kami, untuk kembali menghidupkan kembali dunia fantasi Barbie yang menitikberatkan nilai menyayangi diri, pemerkasaan dan mempunyai impian yang besar.
"Berdasarkan trend Barbiecore yang telah tular beberapa tahun kebelakangan ini, kami merasakan bahawa inilah detik yang tepat untuk memperkenalkan Koleksi Barbie x ALDO."
Koleksi Barbie x ALDO boleh didapati di ALDO Pavilion Kuala Lumpur bermula 29 Jun.
Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Gempak Most Wanted Awards 2024