Hiburan
"Not Aging, Just Upgrading!" - Marsha Milan Sambut Ulang Tahun Ke-34
Penyanyi dan pelakon, Marsha Milan menyambut ulang tahun kelahirannya yang ke-34 hari ni.
Berita gembira itu dikongsi menerusi sebuah entri di akaun Instagram (IG) miliknya buat tatapan umum.
Marsha menulis ucapan hari lahir buat dirinya sendiri dan berkongsi foto bersama kek buat hari istimewanya itu.
"6/12 Selamat hari lahir untuk saya! Not aging, just upgrading," selorohnya di ruangan kapsyen.
Perkongsian itu mendapat perhatian dari para pengikut dan rakan artis yang turut menulis ucapan menerusi ruangan komen.
Pada masa yang sama, Marsha turut berkongsi detik istimewa ketika menerima kejutan hari lahirnya di IG Story.
Sekadar info, Marsha telah mendirikan rumah tangga bersama usahawan Mohamed Saiful Nizam pada 2016 selepas berkenalan sejak 2013.
Must-Watch Video