“This Is Not End Of The World”- Nora Ariffin Reda Anak Tak Dapat 11A SPM

Syafiqah Jalal
Jun 16, 2022 13:47 MYT
Penyanyi Datuk Nora Ariffin reda dengan keputusan Sijil Peperiksaan Malaysia (SPM) anaknya Putri Nor Dahlia yang diterima pagi tadi.
Menurut Nora dia tetap bersyukur dengan apa jua keputusan peperiksaan anaknya dan terus menjadi penyokong utama.
“Apa-apa pun Putri, Alhamdulilah..This is not end of the world. Tak dapat lah 11A.
“It’s ok…I tak pressure pun. It’s your new beginning…Let’s move on,” katanya.
Nora bercakap perkara berkenaan dalam rakaman video yang dimuat naik di akaun Instagram (IG) Story miliknya.
Dalam masa yang sama Nora turut menasihati ibu bapa di luar sana menerima apa jua tahap keupayaan anak mereka serta memberikan sokongan.
“Kepada ibu bapa di luar sana jangan lah negatif. Please support anak kite apa jua yang mereka nak buat doa yang terbaik doa ibu bapa ada berkatnya,” tambahnya.
Sekadar infor, Nora mendirikan rumah tangga bersama Allahyarham Johan pada 1992 dan dikurniakan empat cahaya mata, dua lelaki dan dua perempuan.
Allahyarham Johan meninggal dunia pada 24 Mac 2017 pada usia 52 tahun akibat serangan jantung dan pada 13 Disember 2019, Nora diuji dengan pemergian anak kedua, Muhammad Syakir Aliff yang ketika itu berusia 20 tahun.
Kini Nora mendirikan rumah tangga kali kedua dengan Pensyarah Kanan Jabatan Fiqh dan Usul Universiti Malaya, Dr Rushdi Ramli, 55.
#Anak #Nora Ariffin #SPM #Reda