Masa Depan, Pilihanmu. Daftar Sekarang!

Nota Khas Sharnaaz Ahmad Untuk Hafidz Roshdi & Pengikut Di IG - “Tolonglah Jangan Mencurah…”

Asyikin Mayudin
15/03/2023 04:45 MYT
Isu rumah tangga Hafidz Roshdi turut mendapat perhatian aktor terkenal Sharnaaz Ahmad yang memberi pesanan dan nasihat buat pelakon itu.

Sharnaaz menerusi laman Instastory miliknya mendoakan Hafidz dan bekas isterinya Nurul Shuhada Mat Shukri terus kuat menempuh ujian.

Pelakon filem Jebat ini turut berharap agar Hafidz cepat sembuh daripada masalah kesihatan mental dan kembali memperbetulkan kesilapannya.

“Nota buat Hafidz. Sahabat, dunia ini kadang-kadang pelik. Allah tengah uji awak dan keluarga, stay strong buat awak dan isteri.

“Cepat-cepat sembuh dan kembali perbetulkan mana-mana yang longgar dan silap. You can get thru this brother!” kata Sharnaaz.

Sementara itu, Sharnaaz juga memohon agar semua pengikutnya lebih positif dan mendoakan Hafidz dan bekas isterinya yang baik-baik saja.

“2.1 juta yang follow aku ni, tolonglah jangan mencurah minyak pada api. Semoga dia kembali sihat, dan isterinya kembali mencari kebahagiaan walau bukan bersama dia.

“Cuba ambil yang positif… tak cukup ka negatif dalam harian kita?” ujarnya lagi.

Terdahulu, Mahkamah Majistret Kuala Kubu Bharu memerintahkan untuk Hafidz dihantar ke Hospital Bahagia bagi menjalani rawatan psikiatri.

Hafidz yang hadir ke mahkamah tersebut turut mengaku tidak bersalah atas tuduhan menyebabkan kecederaan ke atas isterinya, Nurul Shuhada.

Pada 2 Mac lalu, pelakon terbabit dipercayai menumbuk isterinya di kawasan Rawat dan Rehat (R&R) Sungai Buloh sebelum ditahan polis, bagi membantu siasatan kes.

Perkara tersebut disahkan sendiri oleh ahli keluarga terdekat selepas difahamkan berlaku pertengkaran antara mereka berdua di kawasan tersebut.

Malah, Syuhada dilaporkan menerima 10 jahitan akibat cedera teruk selepas ditumbuk sebanyak tiga kali pada bahagian pipi.

#Sharnaaz Ahmad #Hafidz Roshdi #Hafidz #Sharnaaz #Shuhada #Nota Sharnaaz Hafidz #Sharnaaz Hafidz
;