Berita
Nourul Depp Doa Nak Suami Dari Bujang
Penyanyi Nourul Depp mendedahkan suaminya kini, Eric Daniel Depp merupakan suami yang diimpikan dalam doa ketika sebelum berumah tangga.
Menurut Nourul atau nama sebenarnya Noorulhuda Abdul Wahab, 42, dia bersyukur doanya untuk mendapatkan suami yang didambakan sejak bujang termakbul.
“Bila hitam putih itu adalah satu warna yin & yang
“Tak ada dia ni, rasa tak lengkap. Sejenis teman bicara, sejenis sahabat, sejenis tempat segalanya. Sejenis suami yang kami doakan masa kami single
“Yang single, doa kuat-kuat. Bayangkan rupa dan sikap macam mana lelaki dan pemimpin yang dimahukan. Boleh je. Asalkan ada niat yang sangat baik. Mintak. Yang kat Atas tu dengar ja. Insya-Allah, saya doakan kamu semua,” katanya.
Nourul berkongsi perkara tersebut di akaun Instagram miliknya.
Menerusi entri tersebut di berkongsi fotonya bersama suami.
Tambah Nourul lagi dia menggunakan masa bersama untuk keluar berdua bagi mengukuhkan hubungan suami isteri.
“Keluar kejap. Siapa masih pergi dating dengan husband? Atau sapa nak pergi dating dengan husband? Sila tag pasangan masing-masing!
“Beritahu mereka, spend masa sat! Ini salah satu cara bersama perbaiki komunikasi. Tips untuk pasangan dan suami isteri,” kongsikan lagi.
Sebelum ini, Nourul pernah melalui episod perceraian bersama penyanyi dan komposer Ajai pada 2007 selepas mendirikan rumah tangga pada 25 Disember 1996.
Hasil perkahwinan pertamanya, Nourul dikurniakan seorang anak perempuan, Ayu Nazirah, 21.
Pelantun lagu Kerana Terluka itu kemudian berkahwin dengan usahawan Perancis, Eric Daniel Depp pada Jun 2012.
Mereka dikurniakan tiga cahaya mata, Zachary Depp, 6, Raphael Depp, 4, dan Isabella Depp berusia setahun.
Must-Watch Video