Penyanyi Nourul Depp kesal dan terkejut dengan tindakan salah seorang petugas keselamatan di sebuah lapangan terbang di ibukota yang meninggikan suara terhadapnya.

Akur dengan kepatuhan Standard Operasi Prosedur (SOP), Nourul bagaimanapun terkilan dengan cara petugas berkenaan yang disifatkannya kurang ajar.

"Polis tak bagi masuk, katanya seorang saja yang lepas.

"Saya kasihankan ibu dan bapa mentua yang tak boleh berbahasa Melayu atau Inggeris.

"Saya faham undang-undang tidak membenarkan ramai-ramai masuk tetapi jangan kurang ajar sangat. Cara dia cakap sampai meninggi suara seperti saya tak patuh undang-undang!" katanya menerusi sepotong video di Instagram baru-baru ini.

Bahasa sesungguhbya jiwa bangsa. Especially yang bertugas demi negara, kami marah sungguh kalau orang tak reti sopan. Bahasa tu menunjukkan sapa kita . Mai sat chek incharge kat KLIA ni. Abang polis tu sombong sangat. Bukan kami tak dengaq cakap pun. Tak semua orang sama. Betui ada orang merayu rayu mintak buat sesuatu kalau dengan polis . Kami ni tak buat salah. Kalau kata itu undang2 kena patuh. Ni dak... mai jerkah kita. ?

A post shared by N O U R U L (@nouruldepp) on


Pelantun lagu Kerana Terluka itu akur dengan tindakan tegas petugas keselamatan terbabit memandangkan situasi semasa yang menyebabkan ramai tertekan.

"Tak kisah tegas tetapi jaga budi bahasa. Saya bukan nak cari salah orang dan kami pun tak pasti dengan undang-undang baharu di lapangan terbang.

"Terkesima saya, dah lah tengah sedih dan kasihan kat ibu dan bapa mentua saya. Selalunya saya akan cakap elok-elok tapi disebabkan terkejut saya jadi terdiam terus.

"Kami tak marah undang-undang tapi cara dia beritahu itu kurang manis. Kalau menyampaikan undang-undang buat kita marah itulah yang jadikan kita geram sebenarnya," tambahnya kepada Gempak.

Situasi itu sedikit sebanyak mencalarkan pandangan individu dari luar yang selama ini melihat penduduk Malaysia kaya dengan budi bahasa.

"Eric menasihatinya untuk bercakap elok-elok tetapi sedikit sebanyak kecewa atas apa yang terjadi," kata Nourul.

Nourul meminta agar semua pihak bertenang dan sentiasa menjaga tatatertib walau di mana saja berada.

View this post on Instagram

Dalam kemelut dalam video kami semalam masa hantaq mamy papy balik: . Kami akan huraikan dalam video nanti. . Tak semua depa lagu tu. Faham depa juga manusia. Depa bertugas dmei negara demi kita semua. Kami cukup respect semua anggota beruniform . Cik farina ni semalam@explain pasaipa incharge dia lagu tu. Lepas dah mamy oapy berlepas, kami nak pi balik oarking kat prking C depa tak habih lagi bertugas dan cik farina dan teman nya mintak bergambaq . Kami kata idea yang baik sebab kami nak habaq : semua manusia tak sama tahap kesopanan dan juga kesedaran sivik . Ada RAMAI yang sopan. Hanya satu dua yang tak boleh handle stress. Ya depa manusia juga. Kita semua faham . Satu nak mohon jangan banding2 kan orang ada nama atau orang biasa. Semua lyak dilayan sama rata. Sopan tu untuk semua. Bukan orang2 tertentu saja . Semalam kami jadi terkedu sebab takdan bukak mulut dah tengking. Takpalah kami faham. Undang2 kena ikut . Dah dia tengking, dia keluaq dari situ. Cik Farina ni lah yang explain semua elok2 . Dari awai kami sampai nampak kami berempat pakai mask, dari jauh dia senyum. Cakap elok. Mintak tiket flight. . Tiba tiba yang incharge tu potong... kami terkejut???? . Stress. Semua stress. Takdak sapa boleh kawai pendamic ni . Hanya Allah taala boleh hapuskan Virus ni. Kita kena usaha jaga diri. Tu lh orang kata toksah dok baca sangat benda menakut nakutkan. Buat kuta jadi tak tentu arah! Terjejas qeja!

A post shared by N O U R U L (@nouruldepp) on


Kedua-dua ibu dan bapa mentuanya berada di Malaysia sebelum negara memutuskan untuk menutup sempadan negara ekoran pandemik COVID-19.