Layan Gempak Non-Stop Live hari ini selama 12 jam! Kumpul kata kunci & menang hadiah menarik di sini
Hiburan

Nourul Depp Terkejut Kena Tengking Petugas Keselamatan Di Lapangan Terbang... "Saya Faham SOP Tapi Jangan Kurang Ajar"

Amri Hassan 14/06/2020 | 10:43 MYT
Penyanyi Nourul Depp kesal dan terkejut dengan tindakan salah seorang petugas keselamatan di sebuah lapangan terbang di ibukota yang meninggikan suara terhadapnya.
Akur dengan kepatuhan Standard Operasi Prosedur (SOP), Nourul bagaimanapun terkilan dengan cara petugas berkenaan yang disifatkannya kurang ajar.
"Polis tak bagi masuk, katanya seorang saja yang lepas.
"Saya kasihankan ibu dan bapa mentua yang tak boleh berbahasa Melayu atau Inggeris.
"Saya faham undang-undang tidak membenarkan ramai-ramai masuk tetapi jangan kurang ajar sangat. Cara dia cakap sampai meninggi suara seperti saya tak patuh undang-undang!" katanya menerusi sepotong video di Instagram baru-baru ini.

Bahasa sesungguhbya jiwa bangsa. Especially yang bertugas demi negara, kami marah sungguh kalau orang tak reti sopan. Bahasa tu menunjukkan sapa kita . Mai sat chek incharge kat KLIA ni. Abang polis tu sombong sangat. Bukan kami tak dengaq cakap pun. Tak semua orang sama. Betui ada orang merayu rayu mintak buat sesuatu kalau dengan polis . Kami ni tak buat salah. Kalau kata itu undang2 kena patuh. Ni dak... mai jerkah kita. ?

A post shared by N O U R U L (@nouruldepp) on

Pelantun lagu Kerana Terluka itu akur dengan tindakan tegas petugas keselamatan terbabit memandangkan situasi semasa yang menyebabkan ramai tertekan.
"Tak kisah tegas tetapi jaga budi bahasa. Saya bukan nak cari salah orang dan kami pun tak pasti dengan undang-undang baharu di lapangan terbang.
"Terkesima saya, dah lah tengah sedih dan kasihan kat ibu dan bapa mentua saya. Selalunya saya akan cakap elok-elok tapi disebabkan terkejut saya jadi terdiam terus.
"Kami tak marah undang-undang tapi cara dia beritahu itu kurang manis. Kalau menyampaikan undang-undang buat kita marah itulah yang jadikan kita geram sebenarnya," tambahnya kepada Gempak.
Situasi itu sedikit sebanyak mencalarkan pandangan individu dari luar yang selama ini melihat penduduk Malaysia kaya dengan budi bahasa.
"Eric menasihatinya untuk bercakap elok-elok tetapi sedikit sebanyak kecewa atas apa yang terjadi," kata Nourul.
Nourul meminta agar semua pihak bertenang dan sentiasa menjaga tatatertib walau di mana saja berada.
Kedua-dua ibu dan bapa mentuanya berada di Malaysia sebelum negara memutuskan untuk menutup sempadan negara ekoran pandemik COVID-19.
#Nourul Depp #Lapangan terbang #Petugas Keselamatan
;