Novelis dan penerbit Siti Rosmizah kini dimasukkan ke Unit Rawatan Rapi (ICU) selepas positif virus COVID-19.

Perkara itu dimaklumkan menerusi hantaran di Instagram beliau pada Ahad.

“Minta semua kawan-kawan, sahabat-sahabat serta semua yg mengenali Kak Siti @ Siti Rosmizah marilah kita sama-sama doakan untuk beliau pulih semula dari penyakit COVID-19.

“Beliau sekarang di ICU dan keadaannya kritikal. Mohon doakan beliau ya,” maklum hantaran terbabit.

Siti Rosmizah popular menerusi naskhah hebat antaranya Andai Itu Takdirnya, Rindu Awak Separuh Nyawa, Curi-Curi Cinta, Lafazkan Kalimah Cintamu dan 7 Hari Mencintaiku.

Beliau juga merupakan penulis lirik lagu Aku Bidadari Syurgamu nyanyian Datuk Seri Siti Nurhaliza.