Novelis Popular Siti Rosmizah Positif COVID-19, Kini Kritikal Di ICU

Amri Hassan
Januari 1, 2023 07:00 MYT

Novelis dan penerbit Siti Rosmizah kini dimasukkan ke Unit Rawatan Rapi (ICU) selepas positif virus COVID-19.

Perkara itu dimaklumkan menerusi hantaran di Instagram beliau pada Ahad.
“Minta semua kawan-kawan, sahabat-sahabat serta semua yg mengenali Kak Siti @ Siti Rosmizah marilah kita sama-sama doakan untuk beliau pulih semula dari penyakit COVID-19.
“Beliau sekarang di ICU dan keadaannya kritikal. Mohon doakan beliau ya,” maklum hantaran terbabit.
Siti Rosmizah popular menerusi naskhah hebat antaranya Andai Itu Takdirnya, Rindu Awak Separuh Nyawa, Curi-Curi Cinta, Lafazkan Kalimah Cintamu dan 7 Hari Mencintaiku.
Beliau juga merupakan penulis lirik lagu Aku Bidadari Syurgamu nyanyian Datuk Seri Siti Nurhaliza.

#Siti Nurhaliza #Siti Rosmizah #ICU #COVID 19