HIBURAN
"Now Is The Right Time" - Nabila Razali Akhirnya Dedah Wajah & Nama Sebenar Baby M
Penantian peminat akhirnya terjawab apabila penyanyi dan pelakon terkenal, Nabila Razali berkongsi buat pertama kali wajah serta nama penuh anak sulungnya yang sebelum ini hanya dikenali sebagai 'Baby M'.
Menerusi hantaran di Instagram sempena sambutan Aidiladha, Nabila atau mesra disapa Bella memaklumkan bahawa anak lelakinya yang kini berusia lima bulan diberi nama Nik Muhammad Bin Nik Iruwan.
“Baby M pun dah berumur 5 bulan, and now is the right time untuk Bella perkenalkan Baby Nik Muhammad Bin Nik Iruwan. Terima kasih buat semua, selalu doakan baik-baik buat Baby M, moga yang indah sahaja buat kalian,” tulisnya dalam kapsyen.
Nabila turut memaklumkan bahawa tahun ini dia beraya di Kelantan dan menjemput kenalan serta peminat ke majlis akikah Baby Nik Muhammad.
“Alhamdulillah, tahun ini Bella berkesempatan beraya di Kelate! Buat semua sek kito, jumpo jak lagi kat Majlis Aqiqah Baby M okay.
“Semua yang hadir jangan lupa jaga SOP, kita have fun datang makan-makan dan ambil gambar okay,” tulisnya.
Perkongsian tersebut menerima reaksi positif daripada para peminat dan rakan artis yang rata-ratanya teruja melihat wajah comel Baby M serta turut menitipkan doa kesejahteraan buat si kecil dan keluarganya.