Nubhan Guna Bilik Persalinan Pusat Beli-Belah Jadi Ruang Solat, "Kita Kena Guna Kemahiran Otak ..."
Zulaikha Yusof
17/01/2021 23:50 MYT
17/01/2021 23:50 MYT
Memandangkan negara sedang dilanda pandemik Covid-19, kebanyakan surau di kawasan tempat awam terpaksa ditutup terutamanya di pusat beli-belah bagi mengekang penularan wabak merbahaya itu.
Namun bagi penyanyi dan usahawan Nubhan, 35, itu bukan alasan untuk tidak menunaikan kewajipan sebagai umat Islam.
Menerusi Instagram (IG) miliknya, Nubhan atau nama sebenarnya, Ahmad Nubhan Haji Ahamad menggunakan bilik persalinan (fitting room) sebagai tempat untuk bersolat.
"Sekarang surau shopping mall semua tutup! Adoila tapi surau mall ni saya tak tau tutup ke tak.
"Kita kena guna kemahiran otak supaya tetap solat. Sebab jauh dan malas nak tawaf, so inilah cara paling senang.
"Kita pergi tandas ambil wuduk siap-siap. Lepastu kita pergi solat," katanya dalam sebuah rakaman video.
Semasa perjalanan menuju ke bilik persalinan, pelantun lagu Selamat Jalan, Cinta itu mengambil sehelai pakaian lalu dibawa masuk.
Ketika kejadian, Nubhan dan isterinya, Dr Afifah Tawfek sedang membeli barang di Palm Mall, Seremban.
Menjengah di ruangan komen, rata-rata pengikut bersetuju dengan tindakan Nubhan yang tidak mengabaikan perkara wajib.
"@hhanyssophilleaa: Bagus Nubhan bagus!!! Camni la waghih.
"@iris_auliya: Bagus idea. Kita jenuh la terkejar-kejar balik rumah sebab nak solat..
"@mar_rimar07: Takda alasan tiada tempat untuk solat. Tiada alasan tiada pakaian lengkap untuk solat. Yang muslimat bawalah stoking panjang, pakai pakaian yang labuh atau longgar dan tudung labuh setiap masa serta sejadah nipis. Muslimin pula cuma bawalah sejadah nipis, lipat-lipat masukkan dlm beg kecik. Mudah kannnn?
"@iranasahadiranasahad: Betul macam-macam cara kita boleh nk solat.. Terbaik @nubhan.ahamad," antara komen-komen yang ditinggalkan.