Berita
Nubhan Panas Hati Bila Isteri Hidang Masakan Guna Periuk Je!
Isteri kepada penyanyi Nubhan Ahamad, Dr. Afifah Tawfek mengimbau kenangan sewaktu di awal perkahwinannya bersama suaminya itu kira-kira lima tahun lalu.
Menurut Afifah dia mengakui fasa tahun pertama dalam perkahwinannya merupakan tempoh yang cukup mencabar memandangkan masing-masing baru cuba menyesuaikan diri untuk hidup bersama.
"Tahun pertama berkahwin masing-masing baru nak kena antara satu sama lain. Masing-masing ada cara hidup berbeza. Tahun pertama sangat mencabar bila dikenang balik, kelakar pun ada.
"Saya pernah hidang periuk depan muka Nubhan masa pertama kali masakkan untuk suami.
"Hot (panas hati) betul Nubhan malam tu sampai merajuk. Haha. Rupanya, dia nak kita hidang macam isteri mithali. Out (gagal) betul hari pertama nak tunjuk bakat memasak," katanya.
Afifah berkongsi momen tersebut menerusi satu entri sempena sambutan ulang tahun perkahwinannya yang kelima yang bakal diraikan bulan ini.
Dalam pada itu, menurut Afifah, dia sebenarnya tidak pernah terdetik untuk berkahwin dengan individu berstatus selebriti.
"Jodoh pertemuan tu di tangan tuhan. Walaupun ibu bapa saya bantah sekeras-kerasnya, tapi jodoh akhirnya dua orang anak dah sekarang,
"Bukan nak menunjuk tapi dulu masa dekat bumi Mesir, mulut sendiri cakap 'aku takkan kahwin dengan artis kot'. Nak cari doktor akhirnya ketulahan," katanya.
Pasangan tersebut mendirikan rumah tangga pada 29 Ogos 2015.
Hasil perkongsian hidup, mereka dikurniakan dua cahaya mata, Aafiya Kamilia dan Ahmad Aaffan.