Nubhan Rasa Bersalah, Tangan Omak Jenny Retak - "Terasa Gagal Dalam Menjaga Mak .."
Zulaikha Yusof
07/06/2021 01:50 MYT
07/06/2021 01:50 MYT
Penyanyi Nubhan, 35, berkongsi detik cemas apabila ibu kesayangan yang dikenali dengan panggilan Omak Jenny mengalami kecederaan akibat terjatuh di bilik air pada Sabtu.
Menurut Nubhan atau nama sebenarnya Ahmad Nubhan Ahamad berkata kejadian yang disedari oleh isterinya, Afifah Hidayah Ahmad itu berlaku sekitar jam 2.30 pagi.
"Jam 2.30 pagi isteri saya jerit! Yang! Mak jatuh dalam bilik air! Saya terkejut dan terus berlari ke mak. Masa tu mak dah mengesot ke pintu tandas tak boleh bangun.
"Hanya Allah yang tau betapa risau dan takutnya saya kalau apa-apa terjadi kat mak dengan usianya yang dah 76 tahun. Risau terhentak di pinggang atau kaki yang boleh menyebabkan mak tidak boleh berjalan.
"Nubhan... Mak jatuh tadi, lantai tu licin (dalam nada sebak mak cakap kat saya). Ya Allah betapa bersalahnya saya rasa...terasa gagal dalam menjaga mak," tulisnya di Instagram (IG).
Menerusi hantaran itu, pelantun lagu Selamat Jalan, Cinta melahirkan rasa syukur dan lega apabila ibunya hanya mengalami kecederaan di bahagian tangan.
"Tangan mak sedikit retak. Tapi alhamdulillah tidak serius dan boleh sembuh dalam masa satu bulan.
"Insya-Allah... mohon doakan mak saya cepat sembuh. Doa-doa kalian sangat magis," tulisnya lagi.