Nubhan Timang Cahaya Mata Perempuan

Syafiqah Jalal
Mei 11, 2017 07:17 MYT
Penyanyi Nubhan selamat menimang cahaya mata perempuan.
Nubhan menerusi entri di laman sosial Instagram (IG) beberapa jam lalu mengesahkan isterinya, Afifah Hidayah selamat melahirkan anak mereka.
Penyanyi tersebut melahirkan rasa syukur akhirnya dia dan isteri bergelar ibu dan ayah.
"Alhamdulilah syukur ke hadrat ilahi...syukur ya Allah dapat kami rasa nikmat menjadi ibu dan ayah..semoga anakku membesar menjadi solehah"
Nubhan turut memuat naik fotonya bersama isteri dan bayi yang baru dilahirkan ke dalam IG.
Astro Gempak mengucapkan tahniah kepada Nubhan dan isteri.
Teks oleh: Syafiqah Jalal
#Anak #Bersalin #Nubhan #Nubhan #Cahaya Mata #Anak Selebriti