HIBURAN
‘Nuha’ Uji Emosi Ezzanie Jasny, Ramai Penonton Tersentuh Dan Luah Kisah Benar - “Watak Ini Berat Untuk…”
Pelakon, Ezzanie Jasny akui agak berat untuk memainkan watak Nuha dalam drama bersiri Dia Bukan Syurga.
Jelasnya, karakter Nuha yang menjadi mangsa penderaan emosi dan fizikal membuka semuala kenangan peribadi yang pernah dilaluinya sebelum ini.
“Watak ini berat untuk saya, itu sahaja yang saya boleh katakan. Tak perlu saya sentuh mengenai kehidupan peribadi saya cuma saya pernah berada dalam situasi ini tapi tidak seteruk apa yang Nuha rasa. Jadi bila saya mainkan watak Nuha ini saya dapat rasa apa yang saya rasa dahulu.
“Sebenarnya saya tak tahu pun watak saya macam ni, saya cuma tahu akan ada abuse sahaja sebab saya pun pernah berharap untuk dapat watak macam ni. Selepas dua bulan membawakan watak Nuha baru ada flashback yang merasakan saya pernah berada dalam situsi ini.
“Jadi memainkan watak ini juga satu pengajaran buat saya sebab mana tahu untuk hubungan seterusnya membuatkan kita lebih bijak,” katanya kepada Gempak.
Ezzanie turut berkongsi bahawa selepas drama ini ditayangkan, dia banyak menerima pelbagai mesej daripada penonton yang tersentuh dengan jalan cerita dan watak Nuha.
Ramai yang tampil berkongsi pengalaman peribadi mereka malah ada yang menyatakan trauma mereka masih belum pulih.
“Sejak drama ini ditanyangkan, ramai yang DM saya dan cerita situasi mereka yang pernah berada dalam hubungan toksik itu. Tapi paling menarik perhatian saya adalah ada seorang ini dia bekerja di hospital dan menerima kes-kes ini sehinggakan dia sendiri trauma.
“Bayangkan bagaimana orang yang tidak kena pun boleh trauma inikan pula mereka yang dipukul dan sebagainya,” kongsinya.
Sementara itu, menjengah ke ruangan komen Bambam Studio, rata-rata netizen akui watak Nuha itu wujud dalam dunia sebenar.
Malah ada antara mereka yang turut berkongsi pernah berada dalam situasi sama yang dihadapi oleh Nuha dalam drama Dia Bukan Syurga.
.jpeg)

