Nur Fatima Aisya Nama Anak Fazura & Fattah!

Amri Hassan
Oktober 9, 2020 08:10 MYT
Selepas seminggu berteka-teki, pasangan pelakon Nur Fazura dan Fattah Amin akhirnya tampil mendedahkan wajah dan memaklumkan nama puteri sulung mereka.
BACA: Fazura Bersyukur, Selamat Melahirkan Anak Perempuan
Menerusi akaun Instagram @fattzuralovelife, pasangan itu menamakan bayi sulung mereka yang dilahirkan pada 2 Oktober lalu itu Nur Fatima Aisya.
"Hari ni genap tujuh hari saya dilahirkan pada hari Jumaat, 2hb Oktober 2020.
"Nama saya ialah Nur Fatima Aisya binti Abdul Fattah. Fatima dah berusia seminggu hari ni tapi Daddy and Mommy kata Fatima masih muda sangat lagi untuk media sosial.
"Tapi Fatima tahu, ramai yang selalu doakan Fatima. Fatima syukur sangat pada Aunties and Uncles semua. Terima kasih! Fatima pun tak sabar nak jumpa semua bila Daddy dan Mommy fikir Fatima dah bersedia! MasyaAllah.. Love, Fatima," tulis pengendali akaun itu.
Untuk rekod, Fazura dan Fattah telah mendirikan perkahwinan pada 27 November 2017.
#Fattah Amin #Nur Fazura #Nur Fatima Aisya