Layan Gempak Non-Stop Live hari ini selama 12 jam! Kumpul kata kunci & menang hadiah menarik di sini
Laman Utama

Nur Fatima Ralat Tak Dapat Bertemu Abang – “Doakan Arwah Abang Saya…”

Fiza Kamarudin 19/07/2021 | 08:40 MYT
Penyanyi Nur Fatima meluahkan rasa sedih kerana tidak dapat bertemu Allahyarham abangnya, Amirul Hafiz yang meninggal dunia petang semalam (Ahad).
Fatima berkata, abangnya Amirul Hafiz meninggal dunia selepas sekian lama berjuang dengan penyakit pankreas akut.
Bagaimanapun menurut Nur Fatima, dia dan suami berasa ralat dan sangat sedih kerana tidak dapat bersama keluarga ketika ini.
Asalammualaikum, kepada sesiapa yang mengenali abang saya James Amirul Hafiz, beliau baru saja kembali ke rahmatullah setelah sekian lama bertarung nyawa kerana mengidap acute pancreatitis.
“Halalkan makan minum, maafkan segala kesalahan arwah jika ada pada anda yang mengenalinya. Doakan semoga arwah ditempatkan dikalangan orang-orang beriman.
“Saya dan suami memang sangat sedih dan ralat tidak dapat bersama keluarga ketika ini. Segala urusan boleh contact adik-adik saya GG dan Zukhni. Alfatihah,” tulisnya.
Nur Fatima dan suami, Mohd Jeffry Wain Wright kini menetap di Canberra, Australia.
#Meninggal Dunia #Abang #Nur Fatima #Pankreas Akut
;