Masa Depan, Pilihanmu. Daftar Sekarang!

Nur Izzara Alami Muntah-Muntah Hingga Masuk Wad, Alyah Terkenang Kisah Ibu Ulang-Alik Hospital – “Saya Dulu Lahir Tak Cukup Bulan”

Khairil Khusyairi
09/09/2024 14:25 MYT
Penyanyi Datin Alyah memaklumkan anak angkatnya iaitu Nur Izzara ditahan di wad hospital selepas mengalami muntah-muntah baru-baru ini.

Anak angkat masuk wad

Menerusi perkongsian di Instagram (IG), Alyah atau nama sebenarnya Nor Hasliah Abu Hassan, 43, berkongsi keadaan terkini Nur Izzara yang kembali sihat.

“Cerita kelmarin Zara muntah-muntah dan kena tahan wad di Hospital Annur Bangi. Terima kasih Dr Mahani dan semua nurse yang monitor kesihatan Zara sepanjang di hospital.

“Alhamdulillah zara dah pulang dan kembali sihat,” tulisnya.

Kenang kisah waktu kecil

Sehubungan dengan itu, pelantun lagu Meluruh itu turut mengenang kembali kisah ibunya terpaksa berulang-alik ke hospital gara-gara dia mengalami masalah kuning.

Malah, Alyah turut bersyukur dapat melalui pengalaman sama seperti ibunya.

“Dulu masa saya baru lahir mak pernah cerita yang mak duduk ulang-alik di Hospital Sultanah Aminah dekat setahun.

“Sebab saya sakit kuning dan lahir tak cukup bulan. Masa tu arwah apak kerja tebang balak di Pahang dan arwah abang long lah yang ulang-alik bawa makanan untuk mak.

“Allahuakbar dan Alhamdulillah bersyukurnya aku bila kenang saat kehidupan aku dulu. Dan segala yang mak korbankan untuk aku dulu sedang aku lalui sekarang.

“Terima kasih Zara sebab bagi peluang buat mommy belajar banyak hal dalam menjadi ibu,” kongsinya.

Jun lalu, Alyah berkongsi berita gembira apabila dia dan suami mengambil anak angkat ketika mengadakan majlis cukur jambul dan aqiqah anak perempuannya itu.

Untuk rekod, Alyah dan Ramli mendirikan rumah tangga pada Mac 2013 dalam sebuah majlis secara rahsia di Indonesia.

ARTIKEL BERKAITAN: Alyah Dapat Ilham Nama Anak Izzara Dari Restoran Di R&R Ayer Keroh, Tak Pernah Rancang Ambil Anak Angkat

#Penyanyi #Anak #Alyah #Muntah #Tak Sihat #Nur Izzara #Angkat
;