Usahawan kosmetik sensasi, Nur Sajat mencuri perhatian ramai apabila meminta tips untuk hamil daripada pengikutnya di media sosial.
Menerusi laman sosial TikTok, Sajat atau nama sebenarnya Muhammad Sajjad Kamaruz Zaman, 37, yang kini menetap di Sydney, Australia memuat naik hantaran mengajukan pertanyaan tersebut dalam bentuk video berdurasi kurang 20 saat.
“Koranglah asyik tanya nasihat aku, aku nak tanya nasihat korang pulak. Macam mana mudah nak mengandung? Haa, macam mana nak lekat? Macam mana?
“Asyik aku je kau minta advice. Aku nak tanya korang pulak. Macam mana?” ucapnya di dalam hantaran video tersebut.
macam mana nak lekat ?