Usahawan kosmetik yang dikenali sebagai Nur Sajat menafikan dirinya ditahan Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS) di bawah seksyen 10 (B) kerana berpakaian wanita dan menghina agama Islam seperti yang tular di media sosial.

Sajat menerusi IG Live di akaun Instagram @Nursajatgold02 turut mendakwa dikhianat individu lain, ketika pengikut di bertanya mengenai berita penangkapannya.

“Tak baik cakap macam tu. Elok je saya dekat sini ha, kalau kena tangkap dah lama dah saya dekat dalam sayang oi.

“Nampak tak yang bercakap ni apa? Hantu? Takkan yang bercakap ni hantu kot…Sajat la ni,” jawabnya tenang.

Ketika diminta pengikut untuk menceritakan kejadian tangan digari baru-baru ini Sajat menjawab soalan tersebut dengan baik.

“Panjang cerita…Orang cuba nak khianat kita,” katanya ringkas.

Ditanya mengenai akaun Instagramnya @nursajat23 dan kekasih @jados, yang dikatakan tiba-tiba hilang dari ‘radar’ Sajat berkata, mereka kini berehat seketika daripada media sosial.

“Berehat sekejap daripada dunia-dunia media sosial. Kita fokus dalam bisnes sahaja. Masih guna akaun tu tapi kita ‘install’ kasi canggih sebab dah tahun 2021 kan,” jawabnya.

A post shared by NUR SAJAT GOLD (@nursajatgold02)

Pada Rabu lalu, tular di media sosial sepotong video usahawan kosmetik popular tersebut yang sedang menangis sambil menunjukkan tangan bergari.

Sesi siaran langsung itu kemudiannya dirakamkan semula menerusi tangkapan skrin video dan dimuatnaik di akaun TikTok seorang pengguna.

Dalam video yang dirakamkan oleh pemilik akaun TikTok @rudyaj01 Sajat atau nama sebenarnya Muhammad Sajjad Kamaruz Zaman dilihat berbaju biru dan bercermin mata sedang menangis teresak-esak sambil ditenangkan oleh seorang individu di sisinya.

BACA: Apa Punca Tangan Sajat Bergari & Menangis Teresak-esak Ketika Live Instagram?

Serentak dengan itu timbul pelbagai spekulasi termasuk yang mendakwa Nur Sajat ditangkap oleh JAIS untuk membantu siasatan kerana melakukan kesalahan di bawah seksyen 10 (B), enakmen jenayah Syariah (Selangor) 1995.

BACA: ENAKMEN JENAYAH SYARIAH (SELANGOR) 1995