HIBURAN
Nur Shahida Berang Dituduh Tak Ambil Kisah Fasal Ammar Ahyan - “Aku Bela Dia Sampai Umur 17 Tahun la!”
Isteri kepada usahawan sensasi Datuk Seri Aliff Syukri iaitu Datin Seri Nur Shahida meluahkan rasa berang apabila menerima komen melibatkan anak sulungnya, Ammar Ahyan.
Menerusi video yang tular di TikTok, Shahida menegur tindakan seorang netizen yang menuduhnya seperti tidak mengambil berat tentang perasaan anaknya itu.
Ia susulan suaminya memotong rambut Ammar atau mesra disapa sebagai Amayan dan mengundang pelbagai reaksi netizen.
“Mulut tu jangan cakap macam itu tau. Awak jangan komen lebih-lebih ya. Komen ini buat saya marah. Itu anak saya tau… apa yang awak harap bila komen macam itu.
“Awak nak saya buat apa, turun bawah sambung gunting rambut ke macam mana? Cakap itu lain kali berfikir dahulu.
“Jangan main cakap saja mulut itu. Daripada aku tak angin, terus aku angin. Aku tak kisah fasal anak aku? Eh aku bela dia sampai umur 17 tahun la,” tegasnya.
Pada video yang sama, Shahida turut menegaskan dia paling ‘pantang’ apabila ada komen negatif yang melibatkan soal anak-anak.
“Kau nak cakap aku tak kisah fasal anak aku… kau jangan eh cakap macam itu ya. Aku bab lain, tak apa. Tapi fasal anak aku memang naik angin.
“Mulut itu jaga sikit… dia kata saya tak kisah dasal Amayan. Lepas itu buat emoji menangis. Anak kau ke? Anak aku kan… aku tau la nak buat apa,” katanya lagi.
Sebelum ini tular video memperlihatkan Aliff Syukri memotong rambut Ammar dan riak wajah anak sulungnya itu mengundang pelbagai reaksi netizen.
Rata-rata netizen beranggapan Ammar seperti tidak suka dengan cara bapanya memotong rambutnya.
Must-Watch Video