,
Laman Utama

Nurse Kongsi Video Jaga Bella Di Hospital, Sangat Meruntun Hati Netizen - “Tiap Malam Bella Menjerit, Tak Lena Tidur..”

Azwa Rahman
17/04/2022
08:41 MYT
Kes penderaan membabitkan seorang remaja kelainan upaya (OKU) Bella tular di laman media sosial susulan perbicaraan pengasas Rumah Bonda, Siti Bainun Ahd Razali yang rancak diperkatakan.
Namun hari ini, tular sebuah video yang dikongsi oleh seorang jururawat yang menjaga Bella sewaktu remaja itu dimasukkan ke hospital.
Menerusi platform TikTok, jururawat tersebut yang dikenali sebagai @mizzsyaza memuat naik video keletah Bella sepanjang dia ditugaskan menjaga remaja itu di hospital.
Menurut Syaza, pertama kali bertemu Bella, dia seorang anak yang sangat baik, tetapi masih takut-takut untuk bertemu dengan orang.
Tujuan dia berkongsi video tersebut pula adalah untuk orang ramai mendoakan agar kesihatan dan kesejahteraan diri Bella terpelihara.
“Tiap malam Bella akan menjerit, dia tak akan lena tidur. Tak boleh dengar bising, setiap malam kena monitor dia. Kadang pernah kena tepuk, zikir sikit baru dia boleh tidur.
“Tiap kali kerja dia mesti tolong. Semua makcik kat sini kenal dia, hehe.
“Bila dah settle kerja lain, ada waktu lapang sikit, mesti layan dia. Kalau tak dia tarik tangan, nangis-nangis. Dia perlukan perhatian lebih. Bella budak pandai, sangat pandai.
“Dia boleh faham. Suka menulis. Ramai hadiahkan Bella buku, alat tulis, bear, makanan, terima kasih.
“Masa dia discharge, alhamdulillah diorang datang ambil. Bella nampak happy. Tapi kes masih berjalan. Semoga urusan mu dipermudahkan sayant,” luah Syaza.
Turut kelihatan luka-luka didera yang menutupi kulit-kulit di bahagian tangan dan muka Bella.
@mizzsyaza #justiceforbella ♬ Welcome to Wonderland - Anson Seabra
Sementara itu di ruangan komen, perkongsian mengenai Bella itu meruntun hati wargamaya yang rata-ratanya sebak dan menangis.
Tidak kurang juga ramai yang mengucapkan terima kasih kepada petugas kesihatan hospital yang melayan dan menjaga Bella dengan baik.
@aisyahhumaira:macam mana Bella mandi dengan luka-luka tu kak?? mesti pedih yang amat kan.. kesian Bella.. sayang Bellaa... semua orang sayang Bellaaaa..”
@AkieJack:Sedihnya. Moga adik Bella dapat keadilan dan pembelaan yang sepatutnya #justiceforBella.”
@JamaisVu:This is heartbreaking. Moga Allah balas segala kezaliman dunia yang berlaku pada Bella.”
@A R A S H :Terkeluar air mata jantan aku.”
@Wfsufina | YourTikTokCoach:Jatuh air mata tengok video ni..Moga Allah permudahkan segala urusan Bella. Moga keadilan dicapai keatas Bella.”
@Mami:Timekasih nurse jaga Bella semoga Allah mmbalas kebaikan nurse Ya Allah Ya Rabbi.”
Sehingga kini, perkongsian tersebut telah menerima hampir 1.1 juta tontonan dalam masa baru empat jam dimuat naik.
Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Berita

Hukuman Siti Bainun Abai & Aniaya Remaja Down Sindrom, 12 Tahun Di Penjara Kajang

gempak
02/05/2024
08:25 MYT
Mahkamah Tinggi di sini hari ini mengekalkan sabitan dan hukuman penjara 12 tahun terhadap pengasas Rumah Bonda, Siti Bainun Ahd Razali kerana mengabai serta menganiaya seorang remaja perempuan Sindrom Down dikenali sebagai Bella, tiga tahun lalu. Hakim Datuk Noorin Badaruddin membuat keputusan itu selepas menolak rayuan Siti Bainun, 32, selaku pe
Laman Utama

Penampilan Jadi Perhatian Netizen, Berat Badan Siti Bainun Susut 60 KG - “Ada Hikmah Jugalah Masuk Penjara"

gempak
14/11/2023
05:50 MYT
Makin kurus dah Bainun.
Laman Utama

Rakaman Video ‘Bainun V2’ Kasari Bayi Kecil Tersebar, Netizen Gesa Pihak Berkuasa Ambil Tindakan

gempak
16/05/2023
00:50 MYT
Kenapa kasari bayi kecil sebegitu?
Laman Utama

"Bahagian Dia Hari Ini, Esok Lusa Kita Pun Belum Tentu" - Anne Ngasri Kongsi Foto Bersama Siti Bainun, Titip Pesanan!

gempak
04/05/2023
02:55 MYT
Saya juga ingatkan diri saya sendiri berkatalah yang baik
Laman Utama

"Mohon Hukuman Ringan, Pertimbang Saiz Badan" - Peguam Bela Siti Bainun

gempak
03/05/2023
09:30 MYT
Rayuan itu dibuat peguam bela Siti Bainun, Mohammad Farhan Maaruf.
Unitar