Masa Depan, Pilihanmu. Daftar Sekarang!

Nurul Shuhada Dah Ada Nama Untuk Zuriat Ketiga - “Takkan Shu Yang Nak Gugurkan, Shu Yang Mengandung, Dalam Rahim Shu”

Asyikin Mayudin
09/05/2023 05:25 MYT
Tampil dengan imej yang cantik, isteri kepada pelakon Hafidz Roshdi iaitu Nurul Shuhada berasa kesal apabila pihak suaminya meminta untuk menangguhkan lagi kes mereka pada 20 Jun depan.

Menurut Shuhada, dirinya sudah bersedia untuk menyelesaikan konflik rumah tangga bersama suami, namun reda apabila gagal menemui jalan penyelesaian.

“Shu dah ready dah nak bicara hari ini tapi tula la… tiba-tiba mereka minta tangguh lagi. Shu dah pakai cantik-cantik dah,” kata Shuhada ketika ditemui media.

Ditanya mengenai dakwaan sengaja menggugurkan kandungan, Shuhada menegaskan mustahil untuk dia berbuat demikian kerana anak tersebut adalah zuriatnya sendiri.

“Semua sedia maklum yang saya beritahu dekat Instagram semalam, Jadi netizen tanya siapa, netizen mana yang fitnah Shu… bukan netizen tapi yang mengaku tu la yang buat, yang buat laporan polis itu.

“Takkan Shu yang nak gugurkan, Shu yang mengandung, di dalam rahim Shu. Sekarang ini dalam siasatan lagi. Shu belum bagi kenyataan dekat polis,” ujarnya.

Dalam pada itu, Shuhada memberitahu dua orang anaknya sudah memberikan nama kepada bakal adik mereka iaitu Uwais.

“Allah Maha baik… Shu sebenarnya tak boleh nak cater lagi. Shu pun dengan keadaan Shu sekarang. Shu tak nak menangis, tapi tula. Anak Shu dah tunggu di syurga.

“Anak-anak Shu pun dah beri nama dekat dia… nama dia Uwais. Doakan Shu baik-baik,” katanya dalam keadaan sebak.

Terdahulu, Hafidz mendakwa Shuhada memaklumkan kepadanya menerusi mesej pesanan ringkas untuk menggugurkan kandungan berkenaan.

Sementara itu, prosiding lafaz cerai yang sepatutnya berlangsung hari ini terpaksa ditangguhkan pada 20 Jun depan selepas peguam mewakili Hafidz mendapati berlaku lafaz cerai di luar mahkamah sebabyak dua kali.

27 Februari lalu, Nurul Shuhada dilaporkan memfailkan perceraian di Mahkamah Rendah Syariah Shah Alam.

Bagaimanapun, lafaz cerai yang sepatutnya berlaku pada 21 Mac lalu gagal dilaksanakan selepas mahkamah mendapati ada isu baharu berhubung isu lafaz cerai pasangan tersebut.

Untuk info Hafidz dan Nurul Shuhada mendirikan rumah tangga pada 30 April 2016 serta dikurniakan dua cahaya mata iaitu Humairah, 6, dan Umar, 2.

#Hafidz Roshdi #Hafidz #Nurul Shuhada #Shuhada #Hafidz Shuhada #Shuhada keguguran
;