Nyanyi Lagu Kerana Terluka, Ini Nasihat Nourul Depp Buat Haslinda... "Sebelum Nyanyi, Bacakan ..."

Amri Hassan
Oktober 16, 2020 01:55 MYT
Bakal menyanyikan lagu Kerana Terluka, bintang Gegar Vaganza 7 (GV7), Haslinda meminta restu daripada penyanyi asalnya Nourul Depp.
Menerusi paparan skrin yang dikongsikan Nourul, Haslinda memohon maaf terlebih awal seandainya penyampaiannya nanti kurang memuaskan hati.
"Saya akan menyanyikan lagu Kerana Terluka minggu kedua GV7 pada Ahad ini. Maaf sekiranya penyampaian saya nanti kurang memuaskan ye kak," tulis Haslinda.
Bagaimanapun, nasihat Nourul agar Haslinda menyanyikan lagu tersebut dengan caranya tersendiri.
"Jangan risau, nyanyi cara awak sendiri. Buat penyampaian dan stail Linda yang dah memang bagus.
"Jangan bandingkan dengan akak. Memang lagu tu akak dah nyanyi beribu kali. Sudah tentulah lain kan...
"Nyanyi cara Linda. Akak doakan semuanya berjalan lancar," kata Nourul.
GV 7 bersiaran secara langsung dari Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya (PICC) selama 10 minggu pada setiap hari Ahad, jam 9.00 malam.
Jangan lupa saksikan GV7 yang dibawakan oleh Farm Fresh sebagai penaja utama dan Cuckoo selaku penaja bersama serta Digi merupakan Telco rasmi musim ini.
Rangkaian program GV7 akan mula bersiaran secara eksklusif menerusi saluran Astro Ria (124) dan Astro Ria HD (104) serta turut boleh diakses menerusi portal Gempak dan aplikasi Astro Go untuk pilihan yang lebih fleksibel.
Klip sedutan sesi latihan vokal, persediaan dan trivia para peserta dapat ditonton melalui liputan kapsul Kapsul Gegar Vaganza.
Kapsul Gegar Vaganza akan disiarkan pada setiap Isnin hingga Jumaat, jam 6.30 petang dan siaran ulangan pada jam 11.30 malam.
Untuk pengisian di platform digital, program Gegar Vaganza Live Plus akan disiarkan secara serentak di www.gempak.com/gegarvaganza ketika berlangsungnya konsert mingguan ‘GV7’ bermula 11 Oktober 2020.
#Nourul Depp #Haslinda #Kerana Terluka