Borak & chill dari isu semasa ke topik viral. Tonton rancangan bual bicara di SeeNI sekarang!
Hiburan

"Nyanyi Lagu Rancak Dikaitkan, Kalau Nyanyi Lagu Sedih Lagilah..." - Alyah

Kamaruddin Razal 29/07/2019 | 12:34 MYT
Penyanyi Datin Alyah mengakui rimas apabila lagu nyanyiannya sering dikaitkan dengan kisah rumah tangga dengan suami, pengarah muzik tersohor, Datuk Ramli MS.
Jelas Alyah, semua lagu yang disampaikan tiada kena mengena dengan kisah peribadi.
"Sejujurnya saya rimas apabila lagu dikaitkan dengan kisah rumah tangga. Bila nyanyi lagu rancak pun dikaitkan... Orang akan kata saya gembira semacam.
"Bila saya keluarkan lagu sedih pula, lagilah orang akan buat spekulasi lagu itu ada kena mengena dengan kisah rumah tangga. Sebenarnya, tidak. Rumah tangga saya dan suami berlangsung seperti biasa," kata Alyah.
Muncul dengan lagu terbaru berjudul Meluruh, Alyah mengakui ramai peminat yang gemar apabila dia menyanyikan lagu berentak balada.
"Saya teringin nak ketengahkan lebih banyak lagu rancak tetapi peminat memang sudah mengenali saya dengan lagu balada sedih yang menangkap jiwa.
"Alhamdulillah, Meluruh memberikan peluang untuk saya berkolaborasi dengan Helen Yap dan Slen. Saya berharap semua pihak dapat menerima lagu ini," katanya lagi.
#Alyah
;