Semalam, Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin mengumumkan bahawa balik kampung untuk Aidilfitri tahun ini tidak dibenarkan.

Semuanya demi keselamatan dan pengurangan wabak Covid-19 daripada terus menular di negara ini.

Dalam satu entri di Instagram milik Mark Adam, dia berkongsi satu video ketika dia dan ahli akademi vokal miliknya, Suara Academy, melawat ke Cebu, Filipina pada bulan Januari lalu.



"Saja nak share video ni masa bulan 1 lepas keluarga @suaraacademyofficial pergi ke Cebu Filipina.

"Dalam kereta menyanyi lagu raya, mungkin sebab kemungkinan tak jumpa Hari Raya yang akan datang ni, tapi kita kena berdoa la kita boleh jumpa dengan keluarga dan sahabat-sahabat kita semua," tulis Mark Adam pada entri video tersebut.

Tambah Mark, kita harus bertanggungjawab sebaik-baiknya kerana kita masih belum menang lagi daripada wabak Covid-19.

Salam Subuh Semua!!! Saja nak share video ni masa bulan 1 lepas keluarga @suaraacademyofficial pergi ke Cebu Filipina dalam kereta menyanyi lagu raya, mungkin sebab kemungkinan tak jumpa Hari Raya yang akan datang ni?? tapi kita kena berdoa la kita boleh jumpa dengan keluarga dan sahabat2 kita semua, Kita kena teruskan Bertanggung jawab sebab sejalas2nya kita belum menang lagi dari covid-19 ni, kita kena teruskan berjaga2 dan pastikan kita ikut dan buat apa yang patut dan elok, Insyaallah la kita akan menang dari wabak ini Insyaallah ???

A post shared by Mark Adam Official (@markadam1079) on


"Kita kena teruskan berjaga-jaga dan pastikan kita ikut dan buat apa yang patut dan elok, Insya-Allah kita akan menang dari wabak ini," tulis Mark lagi.

Mark Adam atau nama Islamnya Fikri Mark Adam Abdullah berkahwin dengan Norazah Redzuan pada 2003, dan sama-sama membuka akademi vokal yang dikenali sebagai Suara Academy.