Nyanyi Lagu Untuk Pulut Kuning, Netizen Kata Zarina Zainuddin Saingan Baru Aliff Syukri
Kalau sebelum ini sering berkongsi video berselawat, kali ini pelakon Zarina Zainuddin mencuri perhatian warganet apabila tampil menyanyi menerusi satu hantaran di TikTok.
Bagaimanapun, Zarina bukan menyanyikan lagu ‘cover’ sebaliknya sebuah lagu khas untuk mempromosikan produk pulut kuning keluarannya.
“Semoga terhibur saya bukan seorang penyanyi ini lagu untuk pulut kuning saya,” tulisnya.
Perkongsian tersebut menerima pelbagai reaksi daripada netizen yang rata-ratanya terhibur dengan cara kreatif Zarina berniaga.
“Aku dengar sampai habis sebab melodi + lirik dia sedap pulak lalu kat telinga. cuma volume kena slow sikit.
“Tak pe terhibur sy pagi2 kak serius ..ok apa
“Pulut kuning sedap suara pun sedap! lunak merdu dan nyaring. tahniah kak ina!
“Tak sangka sejauh ini akak boleh go.
“Not bad lagu dia sedapp
“Saya terus bole tido kak,” tulis netizen.
Lebih mencuit hati, ada yang sempat berseloroh menyamakan Zarina dengan usahawan terkenal, Datuk Seri Aliff Syukri.
“Jangan bagi tau dato aliff kang dia buat lagu baru.
“Duet dgn Alip Syukri best ni
“Habislah dato aliff..bukan penyanyi no 1 lagi,” komen netizen lagi.