Kugiran Masdo mendapat kritikan hebat daripada pengguna media sosial apabila nyanyian mereka dalam segmen tribut untuk penyanyi nombor satu negara, Datuk Seri Siti Nurhaliza pincang!

Menerusi segmen Bombastik CTDK di salah sebuah stesen radio tempatan, Kugiran Masdo menyanyikan semula lagu Purnama Merindu dalam versi mereka sendiri.

Bagaimanapun, ramai yang beranggapan cara nyanyian dan olahan lagu itu ibarat satu penghinaan.

"Semoga tahun depan @hotfm976 hentikan program khas macam Bombastik CTDK kalau macam ni kualiti penyanyi yang diketengahkan untuk buat tribute!!

"MASDO clearly butchered the whole song jadi sampah, dengan lirik berterabur sana sini.

"Langsung tak respect lagu ni dan penyanyi asalnya.

"Nyanyi dah macam orang mabuk ketum. Ini bukan tribute, ini penghinaan tahu tak?

"Biadap betul buat lagu orang jadi sampai macam ni," kongsi pandangan salah seorang pengguna di Twitter.

Bagaimanapun, ada juga antara netizen yang memandang perkara itu daripada sudut positif.

Ada yang memuji susunan semula muzik itu dan kedengaran unik mengikut identiti kugiran itu.